Pasukan keselamatan Ukraine rasis – pelajar asing kulit hitam

Pasukan keselamatan Ukraine mengarahkan pelajar-pelajar kulit hitam turun dari bas di sempadan negara itu untuk memberikan tempat kepada warga kulit putih Ukraine. (FOTO CNN)
- Advertisement -

KYIV: Golongan pelajar-pelajar asing kulit hitam yang melarikan diri dari Ukraine dilayan secara rasis oleh pasukan keselamatan Ukraine di sempadan negara tersebut.

Ketika pencerobohan Rusia ke atas Ukraine berterusan, pelajar-pelajar asing kulit hitam khususnya dari Afrika yang cuba meninggalkan negara itu berkata, mereka mengalami layanan yang bersifat perkauman oleh pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan Ukraine.

- Advertisement -

Seorang pelajar perubatan Afrika, Rachel Onyegbule mendedahkan  bahawa dia dan warga asing lain diarah turun dari bas transit awam di pusat pemeriksaan antara sempadan Ukraine dan Poland untuk memberikan ruang kepada warga kulit putih Ukraine.

“Kami diberitahu untuk berdiri di tepi ketika bas itu bergerak dengan hanya warga Ukraine  berkulit putih dibenarkan berada di dalam bas tersebut,” katanya. 

Selebriti media sosial Amerika Syarikat, Khaled Beydoun mengutuk sikap perkauman pasukan keselamatan Ukraine terhadap golongan pelajar kulit hitam di sempadan negara itu ketika mereka cuba merentas Ukraine selepas serangan Rusia.

Pelajar perubatan tahun satu dari Nigeria itu ditinggalkan terkandas di bandar sempadan Shehyni, kira-kira 400 batu dari Kyiv.

“Lebih daripada 10 bas datang dan kami melihat semua orang pergi. Kami fikir selepas mereka mengambil semua orang Ukraine mereka akan membantu kami pula, tetapi mereka memberitahu kami perlu berjalan kaki kerana  tiada lagi bas untuk kami.

“Badan saya kebas kerana kesejukan dan kami tidak tidur dalam kira-kira 4 hari. Orang Ukraine telah diutamakan berbanding orang Afrika, baik  lelaki mahupun  wanita pada setiap masa. 

“Kami tidak perlu bertanya mengapa. Kami tahu sebabnya. Saya hanya mahu pulang ke rumah,” beritahu Onyegbule kepada CNN dalam panggilan telefon pada Ahad (27 Feb) ketika dia menunggu dalam barisan di sempadan Ukraine untuk menyeberang ke Poland. 

Pelajar-pelajar kulit hitam dilayan secara rasis oleh pasukan keselamatan Ukraine di sempadan negara itu. (FOTO AFP/Getty Images)

Sehubungan selebiti media sosial Amerika Syarikat, Khaled Beydoun mengecam sikap perkauman yang diamalkan oleh pihak berkuasa Ukraine di sempadan negara itu terhadap pelajar asing kulit hitam berkenaan.

“Ia (sikap perkauman pasukan keselamatan Ukraine di sempadan negara itu) sesuatu yang sangat buruk dan keji,” ujar Beydoun melalui instagram miliknya. – Agensi

- Advertisement -