Jabatan Amal berkhidmat tanpa hirau agenda salah kerajaan

- Advertisement -

KUANTAN: Ketika sesetengah pihak menyalahkan kerajaan lambat bertindak menyebabkan ramai penduduk menjadi korban banjir, namun sukarelawan PAS tidak menghiraunya, sebaliknya mereka terus bekerja.

Semalam sukarelawan Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Maran melaksanakan operasi mencuci dan membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir.

Adun Luit Mohd Sofian Abd Jalil berkata, gotong royong tersebut diadakan di Kampung Baru Jara, Kuala Sentul yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.

- Advertisement -

“Kami bersama sahabat-sahabat Khidmat Malaysia mencuci rumah penduduk yang terlibat dengan banjir.

“Terima kasih kepada semua sukarelawan yang datang membantu. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Oleh itu beliau berharap penduduk yang terbabit dengan banjir tabah menerima ujian tersebut dengan jiwa terbuka.

Manakala di Dun Chenor, Adun kawasan itu Mujibur Rahman Ishak menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pangkalan hadapan Chenor Bandar, Tebing Tembah dan pusat penempatan sementara (PPS) di Mukim Kertau.

Sumbangan juga diagih kepada PPS Kampung Baru Pertanian, PPS Kampung Baru Sungai Ling dan PPS Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, PPS Afzan, PPS KV dan PPS Kampung Bukit Lada.

“Semoga Allah memudahkan urusan semua dan memberikan kesabaran menghadapi ujian ini.. amin,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/12/2021

- Advertisement -