PAS Sarawak rakam takziah pemergian Tan Sri James

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing serta para pimpinan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas pemergian mendiang pagi ini.

- Advertisement -

Setiausaha PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo menyifatkan ianya suatu berita yang menyedihkan dan kehilangan kepada rakyat negeri itu seluruhnya.

Tan Sri James, 72, meninggal dunia akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19 dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Beliau sebelum itu telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu.

Mendiang merupakan Presiden PRS di mana dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri sejak pentadbiran Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan terkini di bawah Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Di dalam kerajaan negeri, beliau memegang portfolio selaku Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan. – HARAKAHDAILY 31/10/2021

- Advertisement -