Belanjawan Kelantan 2022 akan dibentang 2 Dis

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Belanjawan 2022 Negeri Kelantan dijangka akan dibentangkan pada 2 Disember pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kata Speakernya, Dato’ Abdullah Ya’kub.

Beliau berkata, pihaknya telah pun mengangkat memohon perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapat persetujuan agar kembali bersidang.

- Advertisement -

Katanya, sidang DUN itu juga dijangka akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 5, 6 dan 7 Disember bagi membahaskan Belanjawan berkenaan.

“Berkenaan dengan perkembangan sidang DUN kita telah mengangkat memohon perkenan tuanku bagi mendapat perkenan untuk kembali bersidang.

“Insya-Allah, dalam persidangan itu kita juga akan membahaskan berkenaan dengan Belanjawan 2022 yang dijangka akan dibentangkan pada 2 Disember itu,” katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mengulas lanjut ketika ditanya mengenai tarikh perbentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 siri 2 peringkat negeri, katanya belum diputuskan memandangkan perkara itu perlu mendapat kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) sebelum ia turut dibentangkan.

Terdahulu, sidang DUN Kelantan telah diadakan secara bersemuka pada 23 hingga 25 Ogos lalu. – HARAKAHDAILY 24/10/2021

- Advertisement -