Nurul Amin kekal Ketua Pemuda PAS Kedah

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Ustaz Nurul Amin Hamid kekal sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan sempena muktamar tahunan dewan berkenaan kali ke 55, di sini semalam.

Turut menang tanpa bertanding antaranya timbalan ketua, Ustaz Nasrun Othman, naib ketua, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, timbalan pengerusi tetap, Mohamad Roshidi Mohd Arof dan pemeriksa kira-kira satu dan dua.

- Advertisement -

Sungguhpun begitu menurut menurut ketua pengundian, Aznam, pengundian tetap dilangsungkan untuk memilih 10 jawatankuasa kerja sesi 2021/2023.

“Selain untuk memilih 10 orang jawatankuasa, jawatan pengerusi tetap juga dipertandingkan kali ini,” kata beliau

Sementara dalam perkembangan lain, ketua, timbalan, naib dan 10 jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kedah sesi lalu dikekalkan bagi sesi ini.

Ini berikutan tiada pertandingan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS negeri yang berlangsung di Dewan Masjid Al-Wustho, Guar Chempedak, semalam.

Perkara itu juga melibatkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap serta Pemeriksa Kira-Kira satu dan dua.

Justeru itu Ustaz Mohd Rodi Abdul Rahman terus memegang jawatan ketua sementara Ustaz Hanif Ghazali dan Ustaz Mohd Nizam Mohd Nuh selaku timbalan dan naib.

Muktamar kedua-dua dewan itu berlangsung secara fizikal dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di samping perwakilan serta urusetia yang hadir perlu melakukan ujian kendiri pengesanan Covid-19. – HARAKAHDAILY 24/10/2021

- Advertisement -