Harakah Prihatin ziarah Pengarang Harakahdaily

- Advertisement -

Oleh SRIHAYANIS ABASRI | Foto AISAMUDDIN YUSRI

PETALING JAYA: Skuad Harakah Prihatin meluangkan masa menziarahi Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof di kediamannya, Kota Damansara, di sini hari ini.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eksekutif Galeri Media Serbanika (Harakah), Kamaruzaman Mohamad serta Pengerusi BAKKAH, Shaheedul Thamim Shamsuddin dan timbalannya, Muhammad Nur Aisamuddin turut serta dalam lawatan itu.

Dalam kunjungan sekitar 45 minit itu, Harakah mendapat penjelasan mengenai masalah jantung yang dialami Azmi yang mula dikesan sejak pertengahan Ramadan lalu.

Azmi selamat menjalani rawatan termasuk memasang stent di saluran jantung yang sempit di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh pada 21 September lalu.

Kamaruzaman mendoakan semoga kesihatan Azmi bertambah baik selepas menjalani rawatan dan dapat meneruskan tugas seperti biasa.

Bagi Azmi, kesulitan yang dihadapi itu tidak menghalang untuk kekal komited menggalas tugas dan melaksanakan amanah yang diberikan.

Harakah Prihatin turut menyalurkan sumbangan sebagai tanda ingatan serta prihatin kepadanya dan keluarga. – HARAKAHDAILY 7/10/2021

- Advertisement -