Kenapa kes COVID-19 tinggi walaupun vaksinasi meningkat?

- Advertisement -

TERDAPAT 6 faktor yang menyebabkan situasi ini terus berlaku:

1. Bentuk (nature) pandemik telah mula berubah. Sebelum ini kita dapat laporan bahawa kobelehjangkitan (R0) kepada varian asal COVID-19 adalah antara 2-3 (purata seluruh dunia). Namun apabila varian baharu seperti Varian Delta, kebolehjangkitan meningkat 15 – 20 kali ganda. Pun begitu, perlindungan dari vaksin tetap wujud walau tak sebanyak perlindungan terhadap varian asal. 

- Advertisement -

2. Buat masa ini liputan masih lagi belum mencapai 80 peratus (individu dewasa yang layak). Jangkaan melepasi 80 peratus pada awal Oktober nanti. Walaupun liputan pemberian vaksin sudah meningkat, tetapi tidak setinggi yang kita kehendaki. Masih lagi golongan yang tidak layak diberi vaksin seperti kanak-kanak dan remaja <18 tahun. Mereka juga mempunyai risiko dijangkiti sama dengan orang dewasa. Dapatan laporan mendapati 10 peratus dari jumlah kes COVID-19 adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur <18 tahun. Sedangkan mereka masih belum layak diberi vaksin.

3. Melihatkan kepada sasaran liputan 80 peratus dengan beranggapan mencapai imuniti kelompok (herd immunity), mungkin agak sukar dicapai, kerana kanak-kanak <18 tahun sahaja sudah merangkumi 20 peratus penduduk. Maknanya HI agar sukar dicapai jika meletakkan sasaran 80 peratus (individu dewasa sahaja). Paling minima sasaran 95 peratus ke atas. Sasaran ini sama seperti sasaran vaksin Campak (Measles). Untuk maklumat, R0 bagi Demam campak adalah 18.0.

4. Vaksin itu sendiri bukan ubat ajaib. Bukan maksum dan bukannya 100 peratus. Namun ‘some form of protection is there’ seperti mengurangkan kemasukan ke wad kritikal dan kematian. Kita lihat sendiri perbandingan dalam kalangan yang telah lengkap vaksin vs belum atau tidak vaksin, kemasukan ke wad kritikal dan kematian adalah jauh berbeza.

5. Tidak divaksin berisiko dijangkiti dan kemungkinan kejadian pandemik dalam kalangan mereka meningkat dekkerana liputan dalam komuniti rendah. Walaupun kajian dari Massachusetts mendapati jumlah virus dalam lubang hidung individu yang vaksin dan tidak vaksin adalah sama, tetapi individu tidak vaksin mempunyai daya tahan yang kurang. Gejala yang mereka hadapi lebih teruk dan lagi ramai. ‘Pandemic of unvaccinated’ akan menjadi masalah baharu.

6. Pergerakan manusia semakin longgar akibat desakan ekonomi dan golongan yang degil. Inilah sebenarnya punca asal yang menyebabkan perebakan COVID-19 sukar dikawal. Walaupun kerajaan telah melaksanakan PKP 1.0, 2.0 dan 3.0 serta Darurat Kesihatan, tetapi mentaliti masyarakat yang tak nak patuh PKP sudah tidak sensitif. Kita tetap keluar dan bergaul dengan bebas.

Kita masih belum menang dan semoga bersabar dalam perjuangan keluar dari pandemik ini. Kita harus belajar hidup bersama COVID-19!

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 8/9/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Rujuk 

[1] Catharine Chambers. Five reasons why COVID-19 cases are increasing when vaccination rates are going. Health Debate Online. Aug 12, 2021. https://healthydebate.ca/2021/08/topic/covid-19-cases-increasing-vaccination/

Sumber Asal: https://www.facebook.com/1033106371/posts/10223537796206357/

- Advertisement -