Keluarga Malaysia: Apakah persamaan empat figura ini?

- Advertisement -

FRASA ‘Keluarga Malaysia’ terasa sangat dekat di hati apabila melihat keharmonian yang diserlahkan oleh figura-figura ini. Mereka tidak segan mempersembahkan personaliti ‘Keluarga Malaysia’ dengan gaya dan pendekatan mereka tersendiri.

- Advertisement -

Mek Yun, Tiktokers dan Instafamous

Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai Mekyun pernah mendapat perhatian di media sosial kerana kepetahannya berbahasa Kelantan dan mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih.

Antara yang menarik, beliau sekeluarga suka makan budu, di hari perayaan Tahun Baru Cina mereka memasak dan makan juadah Nasi Kerabu dan Nasi Dagang, mereka sekeluarga selalu bercakap Bahasa Melayu dan dialek Kelantan dalam keluarga.

Gadis cantik berusia 24 tahun ini merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda jurusan Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor.

Boleh lihat video Mekyun di sini : https://vt.tiktok.com/ZSJwykyCQ/

Celoteh Dr Malar Santhi, influencer kesihatan

Bertugas sebagai doktor perubatan di Jabatan Kecemasan, Columbia Asia Hospital, Cheras. Celotehnya yang bersahaja mengenai isu terkini perubatan dan kesihatan awam menjadi tumpuan ramai di laman sosial.

Selain fasih berbahasa Melayu, Dr Malar Santhi Santherasegapan, 38, juga menggunakan bahasa yang mudah difahami dalam menjelaskan sesuatu isu perubatan.

Tidak hairan jika hampir setiap malam, ‘bebelan’ doktor wanita yang kian menjadi sebutan itu sememangnya ditunggu ratusan ribu pengikut setia di platform media sosialnya.

Facebook page Celoteh Dr Malar: https://www.facebook.com/CelotehDrMalar/

Uncle Kentang, aktivis kebajikan

Kuan Chee Heng, sangat unik insan ini seperti namanya. Digelar Uncle Kentang kerana selalu memberi kentang sebagai salah satu item dalam pek sumbangan makanan pada orang susah.

Beliau juga ada menyediakan khidmat van jenazah secara percuma, dan ada skuad khas ambulans. Hebat dermawan dan aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan.

Sikap beliau yang prihatin dan semangat suka menolong tidak kira bangsa dan agama amatlah dipuji.Terbaik la Uncle Kentang.

Boleh ikuti Uncle Kentang: https://www.facebook.com/kuan.cheeheng

Sugu Pavitra, Youtuber masakan

Sugu Pavitra menjadi kesukaan ramai kerana perkongsian resepinya yang mudah dan santai. 

Mereka tidak mewah, tidak memakai pakaian berjenama, memasak makanan harian ‘daily dishes’ rakyat Malaysia, rutin harian biasa ibu bapa marhaen. Tidak berpura-pura dan lokal sekali. 

Resepinya dari berbilang bangsa,tradisi dan generasi, sehingga tidak dapat dinafi bahawa masakan juga hakikatnya penghubung masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Youtube Chanel Sugu Pavitra: https://youtube.com/channel/UC7mNwREuYU-Bc8glCdFwQ_A

Soalnya, apakah persamaan keempat-empat figura ini? 

Ya, mereka fasih Bahasa Melayu. Setiap content yang dihasilkan mereka tuturkan dalam Bahasa Melayu tanpa rasa sedikit pun kekok dan malu. Mereka menggambarkan beginilah indahnya Keluarga Malaysia. Terima Kasih Malaysiaku!

CREATING A BETTER MALAYSIA – HARAKAHDAILY 8/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=835984047109181&id=153779528662973

- Advertisement -