Sedih juga gambar ini pun ada yang pertikai

- Advertisement -

SEDIH juga gambar ini pun ada yang pertikai, kata nak menunjuk amalan, solat di tempat tak sesuai.

- Advertisement -

Ada yang sudah respons dan maklumkan bahawa mereka memang sedang memasang paip di kawasan tersebut, jadi mereka ambil peluang selesaikan solat di mana mereka berada. Islam itu mudah kan.

Pandangan saya, kerja-kerja kebajikan memang kena diadun dengan elemen ‘adventure’ dan keseronokan. Sebab yang terlibat ini orang muda, kadang-kadang dari pelbagai latar belakang dan perwatakan.

Nanti mereka balik bercerita dengan kawan-kawan mereka, kami ke Kedah dengan brother hari tu, sembahyang dalam sungai, seronok gila! Maka ramai lagi akan berminat nak ikut dan bantu.

Begitu pengalaman saya bersama Tentera Merah ini ketika berada di Sabah sebelum ini. Memang kami sengaja masukkan elemen ‘adventure’ nak bagi budak-budak minat nak join.

Kami meredah hutan rimba, berjalan kaki masuk ke tempat perkhemahan berbelas kilometer, mengharung sungai dan berkhemah di bawah hujan lebat. Makan nasi mentah dengan sardin sambil air hujan menitik masuk pinggan. Potong buluh untuk buat atap.

Sampai sekarang saya terikat dengan anak-anak remaja ini dan yang mereka ingat ialah aksi-aksi mencabar ini, bukannya isi ceramah dan daurah.

Kalau tak suka PAS lantaklah. Tolak elemen politiknya. Tetapi elemen dakwah, elemen pembangunan insan, elemen tarbiah yang ada padanya perlu didukung.

Ucaplah alhamdulillah, di dunia yang penuh merosakkan ini, di zaman yang semakin mencabar ini, ada juga ruang untuk anak-anak kita berdakwah dan ditarbiah.

Yang banyak sangat komplen ni seru suruh berlatih dengan Qass*m je, nak tengok berapa minit bertahan. -HARAKAHDAILY 25/8/2021

Tulisan ini diambil daripada laman Facebook Nadir Al-Nuri.

- Advertisement -