Orang tamak selalu rugi

- Advertisement -

KETIKA beliau hilang majoriti tempoh hari Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghulurkan tangan menawarkan kerjasama bipartisan kepada parti-parti pembangkang dengan syarat menyokong undi percaya terhadap beliau. Berbagai tawaran dilontarkan pada blok pembangkang khasnya PH sehingga ada di kalangan penyokong kerajaan yang gusar.

Tetapi lantaran tamak dan bernafsu tinggi mereka menolak tawaran itu kononnya percaya jika Muhyiddin jatuh merekalah yang akan naik berkuasa. Ditakdirkan Allah S.W.T apabila Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan kerana gagal mendapatkan sokongan PH parti-parti blok kerajaan kembali bersatu dan memberikan majoriti 114 kerusi kepada calon baru Perdana Menteri (PM) iaitu Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, lantas beliau diangkat sebagai PM ke-9.

- Advertisement -

Hari ini rumah siap malangnya pahat karat masih mahu berbunyi. PM baru sudah selamat mengangkat sumpah, dan majoriti beliau melebihi angka majoriti mudah 111, tiada lagi keperluan bantuan dari blok pembangkang.

Tepatlah apabila PM berkata di Kedah semalam bahawa Kerajaan Persekutuan yang baru bukannya kerajaan perpaduan, tiada wakil pembangkang akan duduk dalam kerajaan. Namun atas sifat keterbukaan beliau demi bersama membina semula negara, PM menawarkan blok pembangkang untuk sertai Majlis Pemulihan Negara atau MPN dan JK Khas Menangani COVID-19. 

Kesimpulannya tak perlulah menyorong-nyorong pipi apabila hidung sudah ditakdirkan tidak mancung. Tamak selalu rugi. Jadilah pembangkang yang membina dan biarkan PM dan kerajaannya menjalankan tugas mereka.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 24/8/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1581787322160598/

- Advertisement -