Tahniah, anak merdeka pertama terajui negara

- Advertisement -

TAKDIR Allah S.W.T, berlaku pertukaran Perdana Menteri baru daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Dato Sri Ismail Sabri pada bulan Ogos, iaitu bulan seluruh rakyat Malaysia memperingati kemerdekaan.

Takdir Allah S.W.T juga, Perdana Menteri yang baru, Dato Sri Ismail Sabri, adalah dari kalangan generasi anak merdeka. Dengan pengertian lain, beliau adalah anak merdeka yang pertama menjadi Perdana Menteri.

- Advertisement -

Setelah negara mencapai kemerdekaan hampir 64 tahun yang lalu, kini tiba giliran generasi anak merdeka menerajui negara. Sudah tentu situasi seperti ini memberi petunjuk yang amat penting kepada halatuju negara.

Situasi ini menunjukkan sudah tiba masanya generasi anak merdeka menggalas tanggungjawab untuk membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat, dengan bimbingan dari generasi sebelumnya yang kaya dengan pengalaman.

Pelantikan Dato Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia, bermakna bermula satu era baru kepada pentabiran negara kerana rata-rata yang mentadbir negara hari ini adalah anak merdeka termasuklah para pembuat dasar dan penjawat awam.

Begitu menarik sekali, Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya menyeru rakyat supaya mewujudkan suasana harmoni dan menyegarkan kembali perpaduan di bawah semangat bahawa kita semua adalah keluarga Malaysia.

“Selamat Menyambut Hari Kebangsaan”

DR MOHD ZUHDI MARSUKI 
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat

23 Ogos 2021
14 Muharram 1443 – HARAKAHDAILY 23/8/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/100000491178707/posts/7430284403664525/

- Advertisement -