PM menghadap Agong di Istana Negara

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 7.50 pagi.

Advertisement

Secara kebiasaannya, Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung pada Rabu, bagi menyembah maklum perkembangan pentadbiran negara.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara, termasuk Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, secara berasingan bermula hari ini.

Pada 8.56 pagi, kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat beredar meninggalkan Istana Negara, selepas selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA