Saya tak mahu vaksin, saya ambil vaksin

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, genap seminggu, Selasa minggu lepas saya telah divaksinkan untuk dos kedua. Sengaja saya tak post awal sebab nak tunggu seminggu untuk melihat simptom dan kesan selepas di-vaksin sepertimana pengalaman sahabat-sahabat lain.

Alhamdulillah, saya tiada kesan sakit lain melainkan lenguh biasa, itupun saya tak pasti sama ada hanya mainan minda ataupun memang lenguh betul. Maklumlah, minda dah baca macam-macam pengalaman kawan lawan dalam bab vaksin ini.

- Advertisement -

First hari itu, bila nak pergi vaksin, sampai di pusat, mem besar call, tanya dah ke belum… saya jawab, tengah tunggu giliran, sambil sebut, berdebar la pula, sedangkan dulu-dulu ada juga pernah kena cucuk, sunat pun pernah.

Tambah-tambah pula kena dos pertama pada 11 Ramadan, risau juga, kut balik-balik nanti lapar gila nak makan ke, jadi haus sangat sampai nak minum air mangga float ke kan. Alhamdulillah, tak ada apa-apa rupanya. Petang itu boleh saja pergi Balai Polis sampaikan sumbangan Ramadan. (Boleh rujuk post 23 April 2021?) 

Dalam duduk risau-risau itu, mem WhatApps kata, baca la doa:

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi S.A.W bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

“Sesiapa yang membaca:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika Subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”

(Hadis Riwayat Imam Abu Daud (5088))

Teman pun duduk ulang-ulang la doa itu. Alhamdulillah, selesai dan setakat ini tiada apa-apa mudarat dengan izin Allah Alhamdulillah. Esok-esok kita tak tahu la kan, kuasa Allah.

Inipun sebagai salah satu usaha, ada juga di rumah, kami amalkan minum madu seisi keluarga. Juga sebagai usaha. Allah nak bagi tak bagi penyakit, nak sembuh tak sembuh, itu kuasa Allah, kita dah usaha. Kan Allah suruh usaha.

Daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Nabi Rasulullah S.A.W bersabda:

إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا

“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad (12596))

Syeikh Syu’aib Al-Arna’outh menilai Hadis ini sebagai Sahih Li Ghairihi

Apa dia Hadis Sahih Li Ghairihi, saya kena rujuk para alim ulamak. Kalau dah makna pun tak berapa reti, rentikanlahnak sembang kemas bantai alim ulamak. Itu baru makna, belum huraian istilah, jenis-jenis, martabat dan lain-lain lagi. Fuh, sebab itu teman tak bantai, teman tak pandai.

Jadi, berbekalkan suruh usaha itu, tawakkal dan pergi cucuk. Bermula dari temu janji, sampai di pusat vaksin, ambil nombor, daftar masuk, scan MySejahtera, ditanya oleh Pegawai Perubatan mengenai maklumat kesihatan diri, sebelum masuk ke ruang legar vaksin, ada doktor pula yang sahkan makluman perubatan kita, dekat sini jangan sembunyi apa-apa dengan pegawai kesihatan dan doktor, 2 layer kena tanya, jangan sembunyi maklumat, kalau ada sakit kata ada, kalau ada makan ubat, kata ada, kalau ada sejarah kesihatan, kena maklum.

Bukan apa, dekat sini la kut pegawai kesihatan di layer pertama akan buat keputusan, kita ini sesuai ke tidak untuk vaksin, doktor akan sahkan di layer kedua. Sebab mungkin kalau tak sesuai hari ini, hari lain, kalau tak sesuai vaksin jenis ini, jenis lain. 

Jadi saya rasa, base on 2 kali pengalaman kena cucuk ini, bagi saya, petugas kesihatan dah all out bantu dari awal daftar MySejahtera, hinggalah di ruang pemerhatian 15 ke 30 minit sebelum dibenarkan boleh beredar.

Terbaik KKM dan semua petugas termasuk anggota RELA dan sukarelawan vaksin. Yang syoknya, dalam duduk dengar macam-macam, punya la ramai orang nak pergi ambil vaksin. Gambar sebagai bukti. Panjang kena beratur baq hang.

Tak boleh kata depa ini kena paksa, sebab daftar MySejahtera ini tak ada paksaan. Tak boleh kata juga depa ini tak sedar, sebab masa sampai kaunter, petugas kesihatan tanya sekali lagi, ‘encik ini memang setuju ya ambil vaksin?’, padahal dah memang datang, kira setuju la kan. 

Apa-apa pun, terpulang la pada sahabat-sahabat. Nak kata jangan vaksin jauh sekali, nak kempen pun tidak, tapi, kalau Tok Guru pun dah ambil, dah cucuk, jeng jeng jeng… (sila sambung ayat sendiri…)

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Perak – HARAKAHDAILY 27/5/2021

- Advertisement -