Turki bakal masuki era baru reformasi politik

- Advertisement -

ANKARA: Turki akan memasuki era baru perubahan dramatik, lapor Agensi Anadolu memetik ucapan speaker parlimen pada Isnin.

“Kita berada di awal era ketika pelbagai perkara yang dasarnya akan berubah mengikut paradigma politik, undang-undang, hubungan antarabangsa, perdagangan dan kewangan,” kata Mustafa Sentop kepada wartawan di Ankara.

- Advertisement -

“Masalah yang kita hadapi di seluruh dunia ketika ini bukanlah masalah sistem, tetapi masalah yang timbul berkaitan mencari sistem tambahan atau konflik mengenai peranan, kedudukan, mengubah kuasa sambil mewujudkan arahan baharu,” kata Sentop.

“Turki, dengan kedudukan yang kukuh, memasuki proses ini untuk memiliki kuasa dan membuat keputusan,” katanya.

Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu berkata “dalam masa terdekat” parlimen Turki dijangka menerima cadangan pembaharuan itu.

Rakyat akan melihat “bahawa pakej reformasi ini mengandungi peraturan dasar sangat penting untuk membawa negara menuju 2023 dan seterusnya,” katanya sempena ulang tahun seabad Republik Turki.

Tahun lalu, di tengah perubahan pentadbiran ekonomi, kepemimpinan Turki berikrar untuk melakukan pembaharuan ekonomi dan undang-undang serta reformasi hak dan kebebasan untuk mengemudi kemajuan negara. – BERNAMA

- Advertisement -