Undi belah bahagi peringkat JK jadi wayang PH

TADI saya dah kata, pembangkang mahu buat undi belah bahagi untuk Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa semua Kementerian! [1]

Mengikut skrip drama PH, mereka membuat undi belah bahagi untuk memutuskan Belanjawan 2021 di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan.

Keputusannya, tidak hadir 18, 95 tak setuju dan 107 setuju. Ini bermakna Belanjawan 2021 di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan diluluskan!

Advertisement

Sebelum pengundian dijalankan pada hari ini, Mat Sabu berteriak kata akan ada 25 kali lagi undi belah bahagi. Semasa Yang Dipertua Dewan Rakyat umum keputusan pengundian 107 vs 95, Mat Sabu terus menyampuk dan berkata, ‘kalah 27:0 pun tak apa.’ Eh eh… Hairan pula, kalau tak kisah kalah, kenapa Mat Sabu tidak minta undi belah bahagi pada Khamis lalu? Apa beza kalah ‘27:0’ dengan kalah 28:0?

Pada Khamis lalu, di depan mata saya, saya melihat Lim Guan Eng menarik tangan jirannya Mat Sabu yang ingin bangun membantah Belanjawan 2021 Peringkat Dasar dan selepas itu terus duduk. 

Kalau tidak kerana Mat Sabu dan Salahuddin Ayub, pasti cukup 15 orang MP untuk membolehkan proses undi belah bahagi pada hari itu.

Kesimpulannya, tak payahlah bersandiwara selepas episod memalukan pada Khamis lalu. Jangan membantah semata-mata mahu tunjuk wayang kepada penyokong PH!

“Consistently Inconsistent”
“Hentikan Politiking, Pentingkan Rakyat”

YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan – HARAKAHDAILY 30/11/2020

[1] https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1775307982636698