Bantuan Malaysia sampai ke Turki

IHH Humanitarian Relief Foundation mengedarkan bantuan yang disumbangkan rakyat Malaysia melalui Muslim Care Malaysia di penempatan mangsa gempa bumi Turki
- Advertisement -

TERKINI, bantuan kecemasan Fasa 1 sumbangan rakyat Malaysia melalui Muslim Care Malaysia Society berjumlah RM42,000 telah berjaya disampaikan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Turki.

Bantuan disampaikan terus oleh Muslim Care Malaysia kepada mangsa-mangsa melalui rakan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusian tempatan, IHH Humanitarian Relief Foundation yang kini berada di lokasi bencana.

Antara bentuk sumbangan yang dihulurkan adalah barangan keperluan harian kepada mangsa-mangsa bencana yang kini ditempatkan di khemah-khemah sementara.

- Advertisement -

Setakat ini, situasi seperti yang dimaklumkanmemerlukan bantuan segera terutamanya makanan panas, bahan pemanas dan selimut memandangkan musim sejuk sudah pun bermula.

Khemah penempatan mangsa gempa bumi di Turki

Dimaklumkan bahawa sumbangan rakyat Malaysia yang diterima oleh mangsa-mangsa bencana amatlah dihargai dan diiringi dengan tangisan tanda syukur.

Walaubagaimanapun, pengumpulan dana bantuan dengan sasaran RM1 juta masih lagi diteruskan dan sumbangan amatlah diharapkan bagi meringankan bebanan yang sedang dilalui oleh mangsa-mangsa bencana.

Terima kasih di atas sumbangan dan semoga Allah mengganjari dengan sebaik-baik ganjaran.

- Advertisement -