342 petugas perubatan dihantar ke kawasan wabak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 342 petugas perubatan dari Kelantan dihantar bertugas di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Sabah, Kedah dan Labuan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dato’ Dr Zaini Hussin berkata, rombongan terdiri dari pelbagai kategori perkhidmatan itu akan ditugaskan selama sebulan di kawasan terbabit. Katanya, jabatan berkenaan sentiasa mengamalkan kerja berpasukan.

“Kami akan membantu menyediakan sumber manusia untuk digerakkan di kawasan yang terjejas dengan penularan wabak tersebut.

“Mereka akan berada di sana selama sebulan dan selepas itu mereka akan kembali akan menjalani ujian saringan pastikan bebas daripada wabak,” katanya pada sidang media di Wisma Persekutuan Kota Bharu, hari ini.

- Advertisement -

Sebelum itu, beliau meraikan empat lagi petugas perubatan yang akan dihantar ke Labuan esok.

Bermula 1 November lalu Jabatan Kesihatan Kelantan mengerakkan seramai 338 kakitangan kesihatan bertugas di zon merah iaitu 256 di Selangor dan Kuala Lumpur, Sabah (65), Labuan (8) dan Kedah (9).

Petugas terbabit meliputi pakar perubatan, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat, pembantu perawatan kesihatan dan pemandu.

Dr Zaini juga berkata, situasi Covid-19 di Kelantan masih dalam Kawalan, di mana tidak begitu teruk jika dibandingkan negeri-negeri lain. – HARAKAHDAILY 4/11/2020

- Advertisement -