Kerajaan kaji lanjut moratorium

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk melanjutkan lagi moratorium terutama bagi mereka yang benar-benar terjejas dengan keadaan ekonomi ketika ini serta pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia berikutan pihaknya mendapat banyak maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung keperluan melanjutkan moratorium.

Dalam pada masa yang sama, katanya kerajaan juga akan mengkaji kaedah pemudah cara proses bagi membantu pihak yang benar-benar memerlukan sokongan sekiranya moratorium ini dilanjutkan.

- Advertisement -

“Moratorium banyak berkaitan dengan bank yang dikawal selia oleh Bank Negara dan ia bukan peruntukan kerajaan.

“Ada desakan supaya ia diteruskan lagi, jadi tentulah perlu kita berbincang dengan Bank Negara dan Persatuan Bank di Malaysia sama ada boleh dipertimbangkan,” katanya dalam Wawancara Perdana Menteri, hari ini.

Menurut Muhyiddin, hampir semua peminjam di negara ini menggunakan kemudahan moratorium ini. – HARAKAHDAILY 4/11/2020

- Advertisement -