UniMAP rangkul anugerah khas Inovasi Antarabangsa


ARAU: Penyelidik Unversiti Malaysia Perlis (UniMAP) merangkul anugerah khas pada Majlis Anugerah Inovasi Antarabangsa sempena Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) Edisi Khas (Covid-19).

Anugerah yang diumumkan Isnin lepas membabitkan tiga penyelidik UniMAP.

Mereka iaitu Prof Madya Dr Mohd Shukry Abdul Majid bagi produk Protective Intubation Device.

Advertisement

Selain itu Prof Madya Dr Shahriman Abu Bakar menghasilkan produk Seri Perlis C19 Tactical Mobile Mass Disinfectant System for Emergency Covid-19 Preventions.

Mereka masing-masing meraih Anugerah Inovasi Terbaik dan juga pingat emas.

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata, anugerah khas Eurobusiness Haller pula disumbangkan Dr Noor Azizah Parmin bagi produk Microrna (MIRNA) Biosensor Diagnostic System for Early Detection of Covid-19.

“Ketiga-tiga produk tersebut berserta lima lagi produk turut meraih pingat emas. Semua produk yang dipilih itu berfokus dan berkaitan Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Selain tujuh anugerah emas, UniMAP juga turut merangkul empat pingat perak dan tiga gangsa. – HARAKAHDAILY 4/11/2020