PAS-Umno Selangor sokong MN didaftarkan

MUAFAKAT Nasional Negeri Selangor yang didukung oleh Umno dan PAS Negeri menzahirkan rasa syukur dan mengalu-alukan langkah strategik pimpinan tertinggi kedua-dua parti di peringkat Pusat yang memutuskan untuk mendaftar Muafakat Nasional secara rasmi.

Sesungguhnya inisiatif ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua parti dalam menobat dan memartabatkan perjuangan membela agama, bangsa dan negara sepertimana yang dimeterai di dalam Piagam Muafakat Nasional.

Advertisement

Umno dan PAS Selangor yakin rakyat Negeri Selangor mengalu-alukan perkembangan positif ini dan kedua-dua parti akan bekerjasama dengan lebih rapat lagi demi mengukuhkan hubungan dan memantapkan jentera dalam memastikan Negeri Selangor dapat diselamatkan oleh MN Negeri dalam PRU ke-15 nanti.

YB TAN SRI NOH OMAR
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor

YB DATO’ DR. AHMAD YUNUS HAIRI 
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

3 Rabi’ul Awal 1442 | 20 Oktober 2020 – HARAKAHDAILY 20/10/2020