‘Esok saya umum letak jawatan atau tidak’ – Sanusi

- Advertisement -

POKOK SENA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dijangka mengumumkan keputusannya sama ada terus menerajui Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) atau sebaliknya.

“Saya akan jawab soalan itu esok,” katanya ketika ditemui media pada majlis penyampaian sumbangan kepada kakitangan penjara di Pejabat Daerah Pokok Sena hari ini.

- Advertisement -

Baru-baru ini Jawatankuasa Eksekutif KFA menolak peletakan jawatan Muhammad Sanusi sebagai presiden kerana menganggap berjaya mengurus tadbir dan menyelesaikan isu berbangkit persatuan itu.

Timbalan Presiden KFA Dato’ Abdul Rahman Abdullah dilapor berkata, keputusan itu diambil selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas membincang surat peletakan jawatan Muhammad Sanusi bertarikh 25 September lalu.

Sementara itu dalam majlis penyampaian terbabit, kata Muhammad Sanusi sumbangan diberi pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), NGO dan pihak persendirian.

Sebanyak 485 keluarga warden Penjara Pokok Sena masing-masing menerima sumbangan wang tunai RM200 dan barangan keperluan harian.

Terdahulu, Penjara Pokok Sena dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasaran (PKPDB) ekoran penularan wabak Covid-19 berpunca dari Kluster Tembok.

Difahamkan seramai 3,400 banduan berada dalam tahanan di Penjara Pokok Sena. – HARAKAHDAILY 20/10/2020

- Advertisement -