Kematangan rakyat Sabah membuat pilihan

- Advertisement -

PAS Pahang melahirkan setinggi-tinggi kesyukuran dah merakamkan ucapan tahniah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Barisan Nasional dan Perikatan Nasional atas kemenangan di dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

- Advertisement -

Kemenangan ini adalah hasil kematangan yang telah ditunjukkan oleh rakyat sabah untuk menolak parti WARISAN rakan sekutu kuatnya DAP. Kematangan rakyat sabah ini sekaligus menunjukkan bahawa mereka telah muak dengan politik sentimen kaum serta retorik yang akhirnya membawa kepada kehancuran kedamaian serta kemakmuran negeri Sabah sebelum ini.

Namun kemenangan ini, haruslah diingat, mestilah di perkukuh dan dijaga sentiasa, demi melestarikan kepimpinan negara yang harmonis, saksama disamping menjaga kepentingan bersama antara kaum.Sekiranya kita lalai dan leka dengan kemenangan ini, sudah pasti mimpi buruk 22 bulan PH memerintah Kerajaan Persekutuan dan sebahagian negeri-negeri yang lalu akan berulang.

PAS Pahang berharap agar keutuhan Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional serta parti-parti dalam Perikatan Nasional akan terus dipelihara dan dijaga, demi kelestarian sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB USTAZ MOHD TARMIZI YAHAYA
Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang
ADUN Panching – HARAKAHDAILY 27/9/2020

- Advertisement -