K’jaan Pusat mampu pertahan Sabah dari anasir luar

- Advertisement -

SANDAKAN: Kerajaan Persekutuan mampu mempertahankan keselamatan negeri Sabah daripada sebarang ancaman anasir luar, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Katanya, bagi mengukuhkan lagi sistem keselamatan di negeri ini, kerajaan pusat akan menambah anggota dan aset tentera, serta menubuhkan lapan kem tentera dan sebuah Skuadron Pasukan Udara Tentera Darat (TD) dengan kadar segera, melibatkan kos berjumlah RM14 billion.

“Sebuah Briged Infantri, tiga buah Batalion Infantri, sebuah Rejimen Armor, tiga buah Rejimen Artileri serta satu Skuadron Pasukan Udara TD akan ditubuhkan, bagi memperkuat dan mempertahankan Sabah daripada sebarang ancaman.

- Advertisement -

“Semoga rakyat Sabah yakin dengan Tentera Darat Malaysia menjaga keselamatan mereka”, katanya kepada pemberita selepas melawat 22 Rejimen Askar melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Kinabatangan, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan akan sentiasa memberi fokus kepada kawasan pantai barat dan pantai timur Sabah, yang merupakan kawasan yang perlu dipertahankan. – BERNAMA

- Advertisement -