Seputar isu laporan Tabung Haji 2018

- Advertisement -

PENUH ruangan Facebook hari ini dengan respon isu laporan Tabung Haji 2018 yang baru dikeluarkan. Kesimpulannya ‘fraud’ ke tak? 

Ada yang bahasanya tinggi, ada juga sederhana. Mungkin di kalangan pembaca ada yang tidak tahu hujung pangkal isu ini. Maka saya ‘marhaen’-kan penjelasan untuk perkara penting isu ini dengan ‘numbering’ di bawah:

(1) Dalam sesi Debat Sinar, YB Parit Buntar dengan yakin mendakwa bahawa sukuk Urusharta Jamaah (UJSB) ini dijamin kerajaan. Sedangkan Laporan Ketua Audit Negara jelas menyebut sukuk ini tidak diberi penarafan, tidak boleh dipindah milik dan merupakan unsecured zero coupon. Elok lah kita adakan semula debat bersama YB Parit Buntar. Kita tengok beliau nak pusing auta mengenai sukuk tara mana lagi. 

(2) Penurunan keuntungan Tabung Haji bukan kerana salah laku atau wang pendeposit dirompak. Ia hanyalah bersifat teknikal perakaunan akibat perbezaan piawai yang diguna pakai. 

- Advertisement -

(3) Aset-aset Tabung Haji terutama di pasaran ekuiti mengalami kejatuhan mendadak akibat ketidaktentuan hala tuju politik dan polisi Pakatan Harapan dalam mentadbir kerajaan. Ditambah pula dengan drama ‘Game of Tun’ bersiri featuring bakal Perdana Menteri (PM) yang membuatkan pelabur-pelabur lari.

(4) Dituntut agar laporan kewangan UJSB dibentang untuk dinilai sama ada Syarikat Tujuan Khas (SPV) ini mampu atau tidak untuk ‘merawat’ aset-aset ‘berpenyakit’ yang dilepaskan oleh Tabung Haji seperti mana yang didakwa oleh kekanda Parit Buntar.

Sekali lagi saya tekankan, Pemuda PAS konsisten dengan pendirian RCI perlu ditubuhkan segera bagi mengurus isu ini. 

IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN 
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 26/8/2020

- Advertisement -