Kerajaan jamin isu Tabung Haji diselesaikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu Tabung Haji yang dibangkitkan banyak pertanyaan dan keraguan dalam perbahasan berkaitannya sepanjang Sidang Dewan Rakyat akan dipastikan tindakan sewajarnya daripada pihak kerajaan.

- Advertisement -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyatakan jaminan tersebut semasa menggulung ucapan Titah Diraja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini sebentar tadi.

“Berkenaan gesaan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja(RCI) seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Pontian, Port Dickson, Arau, Baling, Jerai serta Tanjung Karang, Kerajaan amat memahami.

“Bahawa dalam meneliti dan menilai segala transaksi yang dilakukan oleh Tabung Haji, perlunya kepada suatu badan yang bebas dan berautoriti. Justeru, kerajaan akan mempertimbangkan dan memperhalusi cadangan ini.

“Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat akan membincangkan sedalam-dalamnya berkenaan isu Tabung Haji, termasuk cadangan serta kewajaran penubuhan RCI. Ingin saya tegaskan bahawa segala yang dilakukan oleh Kerajaan adalah dengan niat suci, untuk mencari titik penyelesaian yang boleh diterima semua pihak.

“Serta paling penting, untuk memastikan segala urustadbir Tabung Haji menepati kepentingannya sebagai institusi milik umat Islam di negara ini,” ujar beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan, kerajaan sedang memperhalusi dengan serius cadangan penubuhan RCI dan akan membentangkan satu kertas kabinet dalam masa terdekat.

Perkara itu ujar beliau lagi akan mengumumkan dalam masa terdekat. – HARAKAHDAILY 10/8/2020

- Advertisement -