Facebook lancar klon TikTok, Instagram Reels

- Advertisement -

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Facebook Instagram melancarkan aplikasi video pendek popular – TikTok Instagram Reels, lapor agensi berita Arab Saudi memetik AP.

- Advertisement -

Fungsi Instagram baharu itu membolehkan pengguna merakam dan menyunting video berdurasi 15 saat dengan audio, dan memberi peluang kepada pengguna untuk menambah kesan visual.

Pengguna juga akan dapat berkongsi Reels dengan pengikut di Instagram, melalui Reels in Explore, atau dalam ‘Story‘ dan akan padam selepas 24 jam.

Pilihan Reels akan tersedia di aplikasi Instagram.

Syarikat ini telah menguji Reels di Brazil bermula November dan di Perancis, Jerman serta India sejak awal musim panas. – BERNAMA

- Advertisement -