Cradle Fund penggerak pelaburan teknologi

- Advertisement -

JUMAAT minggu ini merupakan hari yang paling padat di dalam jadual mingguan saya. Jadual terakhir saya hari ini adalah melawat sebuah lagi agensi di bawah MOSTI di Kuala Lumpur iaitu Cradle Fund.

Seperti kebanyakan agensi pelaburan yang ditempatkan di bawah MOSTI, Cradle Fund juga menjalankan aktiviti pelaburan berbentuk pemberian geran namun pemberian geran yang dilakukan hanya mengfokuskan kepada syarikat-syarikat berasaskan teknologi yang berada pada tahap ‘early seed’ and ‘seed’ berbanding agensi-agensi pemberian geran atau pelaburan yang lain di bawah MOSTI.

Selain daripada pemberian geran, Cradle Fund juga turut memberi bantuan khidmat pengkomersilan, bantuan pengupayaan kepada syarikat-syarikat tersebut untuk terus berkembang maju dan mencapai matlamat mewujudkan lebih ramai technopreneur Malaysia.

- Advertisement -

Usai sesi penerangan mengenai fungsi Cradle Fund, saya, YB Khairy Jamaluddin dan delegasi MOSTI dibawa pula ke sesi pelancaran dua program baharu Cradle Investment Programme (CIP) iaitu CIP IGINITE dan CIP ACCELERATTE. Keterangan lanjut adalah seperti berikut:

(i) CIP IGNITE merupakan geran bersyarat beserta bantuan nilai tambah sehingga RM500,000 kepada syarikat teknologi pemula (start-up), PKS tempatan serta syarikat terbitan universiti atau institut penyelidikan;

(ii) CIP ACCELERATE pula menyediakan dana sehingga RM2,000,000 dan bantuan nilai tambah yang khusus untuk syarikat pemula teknologi tinggi (high tech) dan syarikat terbitan universiti dan insititut penyelidikan.

Harapan saya terutamanya kepada anak-anak muda agar tidak mensia-siakan peluang seperti ini. Bangkit dan brainstorm idea-idea baharu berkaitan teknologi. Idea anda mungkin biasa-biasa pada masa ini, mungkin satu hari nanti ia jadi bukan biasa-biasa lagi. Mungkin anda akan duduk sebaris dengan Elon Musk!

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 20/6/2020

- Advertisement -