Pemandu mabuk: Pendirian PAS jelas sejak dahulu

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS tidak pernah menyepi dalam isu pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi sekarang walaupun parti itu kini menjadi sebahagian kerajaan yang mentadbir negara.

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, parti itu tidak pernah berdiam diri, malah sejak dahulu lagi mahu kerajaan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

- Advertisement -

Menurutnya, pendirian parti itu masih sama, malah sudah berulang kali dinyatakan pemimpin tertinggi parti itu sejak dahulu sehingga sekarang.

“Kita tidak diam, siapa kata kita berdiam diri? Pendirian kita jelas. Cuma kita tunggu keputusan kerajaan.

“Saya difahamkan kerajaan sudah merangka beberapa penyelesaian dan kita tunggu pengumumannya nanti,” ujarnya selepas melawat rumah terbakar di kawasan perumahan kawasan Padang Tembak hari ini.

Sebelum ini ada pihak menganggap PAS berdiam diri dalam isu arak selepas bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional.- HARAKAHDAILY 27/5/2020

- Advertisement -