Dapur hijau Kelantan jaga lestari alam sekitar

- Advertisement -

KOTA BHARU: Program dapur hijau yang dilaksanakan di Kelantan bukan sahaja untuk meringankan kos sara hidup serta menjana pendapatan keluarga, malah mampu menjaga kelestarian alam sekitar.

Pemantau program dapur hijau, Wan Noriah Wan Ramli berkata, bahan buangan dihasilkan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan mempunyai
hubungan antara satu sama lain.

- Advertisement -

Menurutnya, proses tersebut menghasilkan baja organik yang memiliki pelbagai manfaat yang baik serta memainkan peranan penting bagi
menjamin kejayaan sektor pertanian.

“Lebihan nasi atau makanan diberikan kepada ayam, ayam mengeluarkan najis yang boleh dijadikan baja kepada tanaman kita, begitu juga bahan-bahan lain jangan dibuang begitu sahaja.

“Sebaliknya ia disimpan dalam satu bekas yang ditutup untuk elak lalat dalam satu tempoh, ia boleh dijadikan baja kepada tanaman kita,
menjimatkan kos dan jaga alam,” katanya yang juga pemilik Min House Camp di Kubang Kerian.

Beliau berkata demikian pada rancangan Galeri Ramadan yang disiarkan secara langsung melalui laman sosial Kelantan TV semalam.- HARAKAHDAILY 6/5/2020

- Advertisement -