Normal baharu politik Kelantan sejak 1959

- Advertisement -

KOTA BHARU: Normal baharu politik di negara ini lebih awal berlaku di Kelantan pada 1959 apabila rakyat negeri itu membuat perubahan politik yang berbeza berbanding negeri-negeri lain.

Pengarah Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kelantan Zulkifli Mamat berkata, normal baharu itu dilihat apabila majoriti rakyat Kelantan membuat perubahan politik tidak selaras dengan persekutuan.

- Advertisement -

Katanya rakyat memilih PAS untuk mentadbir negeri itu ketika negeri-negeri lain ditadbir Perikatan.

“Situasi itu dianggap sebagai normal baharu politik ketika itu, sedangkan sejak sebelum merdeka hampir keseluruhan rakyat memilih Perikatan bagi mentadbir kerajaan.

“Namun di Kelantan berbeza apabila rakyat membuat perubahan daripada normal lama dengan memilih PAS sebagai pentadbir kerajaan,” katanya pada bicara Kelantankini yang disiarkan secara langsung melalui laman Kelantan TV hari ini.

Turut diundang sebagai tetamu pada bicara itu Presiden Kelab Media Kelantan Darulnaim Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi.

Zulkifli juga berkata, normal baharu sekali lagi berlaku pada 1990 apabila sekali lagi rakyat Kelantan membuat perubahan politik lama kepada PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah.

Istilah normal baharu popular sekarang apabila kerajaan meminta rakyat membuat perubahan cara hidup baharu ekoran penularan wabak Covid-19 yang menggemparkan dunia.- HARAKAHDAILY 6/5/2020

- Advertisement -