Kerajaan PN cetus harapan baru rakyat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat merasakan ada harapan baharu di bawah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah sebelum ini tiada arah tuju.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, kewujudan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mencetuskan harapan baru di minda rakyat.

- Advertisement -

Katanya keadaan itu terbukti kesungguhan kerajaan sekarang menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada individu yang betul-betul layak untuk mengawal wabak ini berbanding orang politik yang dilantik sebagai menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu slot Kelantankini yang disiarkan secara langsung di Facebook Kelantan TV di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, langkah kerajaan menyerah mandat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) yang diketuai Ketua Pengarahnya Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah menjadi sebutan ramai sekarang.

Kerajaan PN muncul menggantikan PH selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sekaligus menggugurkan kabinet lama.- HARAKAHDAILY 28/4/2020

- Advertisement -