Pelajar antarabangsa akui rindu keluarga

- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA: Ketika pelajar tempatan menunggu peluang untuk kembali ke kampung, berlainan pula dengan pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Rata-rata pelajar antarabangsa yang ditemui memberitahu mereka akan kekal tinggal di kampus.

Seorang pelajar pengajian Doktor Falsafah (PhD) UMK berasal dari India Sanjay Kumar ketika ditemui berkata, beliau tiada masalah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan Malaysia sekarang.

- Advertisement -

Katanya, peluang yang ada sekarang digunakan dengan memberi tumpuan kepada kajian masing-masing.

“Fokus saya ketika ini kepada kajian akademik saya. Saya memang rindu kepada keluarga tetapi kita semua tahu wabak ini sedang berada di mana-mana sahaja.

“Jadi apa bezanya sama ada terus berada di sini atau pulang ke India,” katanya yang kini tinggal di Kampus UMK Jeli.

Sehingga kini hampir 80,000 pelajar universiti awam dan swasta di seluruh negara berada di kampus dan rumah sewa masing-masing ekoran PKP.

Samsidine Aidara dari Senegal yang menyewa rumah berhampiran UMK Kampus Jeli berkata, sebagai pelajar dan guru bahasa sambilan di UMK beliau memanfaatkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) atas talian sepanjang tempoh PKP.- HARAKAHDAILY 21/4/2020

- Advertisement -