Jaga jarak sosial di bank, ATM

PUTRAJAYA, 23 Mac -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN TERKINI JANGKITAN 2019-nCoV OLEH YB MENTERI KESIHATAN, DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD ID: BN202002115413
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Pertahanan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati rakyat agar menjaga jarak sosial berikutan jangkaan beliau akan berlaku kesesakan di bank dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam beberapa hari ini.

- Advertisement -

Katanya, jangkaan tersebut disebabkan beliau makkum orang ramai akan memenuhi bank bank dan mesin ATM untuk mengeluarkan gaji mereka.

Bagaimanapun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diarah untuk mengawal kawasan bank serta mesin ATM bagi memastikan setiap individu melakukan penjarakan sosial semasa mengeluarkan wang masing-masing di bank dan ATM.

“Dalam beberapa hari lagi gaji akan dibayar kerajaan dan majikan masing-masing. Kita jangka akan berlaku kesesakan di bank, ATM. Jadi kita menyeru jangan berpusus-pusu di bank.

“Kita akan minta polis, tentera jika perlu untuk mengawal supaya pematuhan penjarakan sosial itu dilakukan semasa di ATM dan bank. Kita minta polis bantuan, pengawal keselamatan akan lihat juga perkara ini.

“Kita semua menyeru supaya jangan berpusu-pusu di bank atau di ATM. Kita akan minta polis dan ATM jika perlu untuk mengawal di kawasan bank, ATM supaya pematuhan kepada penjarakan sosial itu semasa proses pengeluaran wang dan sebagainya di bank atau sebagainya.

“Kita minta polis bantuan, pihak keselamatan di bank untuk mengawal jumlah kemasukan serentak yang mungkin akan berlaku.

“Mungkin pihak bank akan menentukan berapa ramai akan ada dalam bank untuk memmastikan penjarakan dilaksanakan,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya tengah hari tadi. – HARAKAHDAILY 24/3/2020

- Advertisement -