Malapetaka angkara PH perlu segera ditamatkan

- Advertisement -

KEBELAKANGAN ini semua tidak mengena buat Malaysia bawah PH.

Terbaru wabak Virus Corona menjadi ancaman dunia termasuk Malaysia. Ketegangan agama dan kaum tidak kunjung padam sehingga masing-masing terpaksa mengenakan kaca mata rasis sejak ‘kaduk naik junjung’.

Pimpinan PH terus menjelmakan akhlak dan keperibadian mereka yang sebenar. Ada yang dituduh merogol, menyokong pengganas, berpoya-poya dengan wanita, judi dan dadah. Ada video seks songsang, mangsa yang mengaku diperkosa dan pelbagai lagi.

Segala janji pilihan raya sebagaimana terkandung dalam Manifesto PH dulu, hari ini diberikan pelbagai alasan tidak dapat dilaksana akibatnya rakyat terus melopong. Tempoh konsesi tol dilanjutkan, harga minyak tidak turun-turun, gaji minima RM1,500 tinggal janji, PTPTN dan hutang peneroka FELDA terus dituntut, harga barangan dan perkhidmatan terus melambung.

Hari ini ketidaktentuan ekonomi terus meruncing. Pagi ini Bursa Malaysia dibuka menjunam hampir 25 mata. Para pelabur tidak lagi yakin melabur di sini.

Semoga sesuatu yang positif segera muncul. Semoga malapetaka PH ini segera ditamatkan.

Ya Allah selamatkanlah Malaysia.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 28/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -