Berus bulu babi: Pengguna kesan penipuan

- Advertisement -

TEBRAU: Sikap tidak jujur dalam perniagaan dengan menyembunyikan status tidak halal kandungan produk semata-mata demi mengaut keuntungan telah mengkhianati dan memperdaya para pengguna khususnya kalangan orang Islam.

- Advertisement -

Oleh itu, bertindak atas aduan pengguna mengenai produk berus pelbagai guna yang menggunakan bulu babi, Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor, Azman Atmin telah bertemu sendiri Salbiah Akil di Taman Pasir Putih, di sini petang kelmarin.

Salbiah yang menunjukkan produk buatan China dan dijual di kedai alat tulis itu telah ditampal dengan pelekat bertulis ‘Nylon Brush’ secara menutupi label tidak halal dan makluman produk mengandungi bulu babi telah sedia pada cetakan asal.

Sehubungan itu juga, laporan telah dipanjangkan ke Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan menggesa pihak berwajib supaya lebih prihatin dan peka terhadap isu seumpama yang sememangnya amat sensitif.

Azman berharap tindakan segera dan sewajarnya dapat diambil agar umat Islam terselamat dari menggunakan produk tidak dibenarkan syarak, selain mengharap kepekaan dan tindakan proaktif pengguna untuk melaporkan hal menyalahi hak pengguna sedemikian. – HARAKAHDAILY 20/1/2020

- Advertisement -