Angkatan Wanita PAN buta hati

- Advertisement -

DEWAN Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS) hari ini melahirkan kekecewaan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Angkatan Wanita PAN, Aiman Athirah yang menuduh PAS secara membuta tuli tanpa fakta yang jelas.

Jika benarlah beliau mengatakan demikian, saya menyifatkan beliau seorang yang buta hati dan sengaja menimbulkan fitnah dalam kempen PRK P.176 Kimanis kali ini.

Saya yakin beliau sedar segala yang sudah dilakukan oleh PAS khususnya di Sabah. PAS tidak akan membawa politik secara membuta tuli.

PAS membina pelbagai institusi dalam masyarakat khususnya pendidikan bagi memberi ilmu pengetahuan yang sempurna kepada masyarakat. Di Sabah kita sudah membuka Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI), Pusat Asuhan Tunas Insan (PASTI), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) dan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat pelbagai kaum.

- Advertisement -

Saya yakin Aiman tahu segala usaha dan perjuangan kemasyarakatan yang dibawa oleh PAS tetapi disebabkan ‘buta hati’ menyebabkan beliau sanggup mengungkapkan sesuatu yang bercanggah dengan kebenaran.

Saya yakin punca utama beliau menyindir PAS adalah disebabkan tidak ada kejayaan PAN yang boleh diceritakan di Sabah. PAN hanya menjadi jurucakap kepada DAP dan menjadi pendukung polisi yang dibawa oleh DAP.

Saya nasihatkan kepada Aiman agar melihat sesuatu perkara dengan iman. Jangan hanya bermain dengan fitnah. Semua perkara ada perhitungan dosa dan pahala.

NORSAH BONGSU
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah
9 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 9/1/2020

- Advertisement -