Kritik Maszlee di luar akal

- Advertisement -

PELETAKAN jawatan mengejut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengejutkan semua. Demikianlah lazimnya bagi masyarakat terbuka yang mengamalkan demokrasi.

- Advertisement -

Jika ada juru ulas, kecil atau besar, kata ia tiada apa-apa bahkan bagi menteri letak jawatan atau dipecat, maka kita sudah kembali ke zaman Hang Tuah yang secara tiba-tiba Laksamana hilang dari khalayak.

Masyarakat beku, tidak peduli apa yang berlaku. Tetapi Hang Jebat peduli dan bertindak sendiri mencari punca kejadian.

Tindakan Maszlee tidak boleh dikira sebagai tidak apa-apa.Memang reaksi mencurah dari sekeliling pinggang. Pro dan kontra memang biasa dalam media di hujung jari sekrang. Ia dibenarkan.

Dr. Maszlee dikatakan menteri paling banyak membuat transformasi. Ada yang kata lebih 200 tindakan dalam masa 20 bulan ini. Tiada yang takwil atas tindakannya. Yang pengkritik takwil ialah terlalu banyakan tindakan perubahan dalam waktu yang singkat. Mana boleh perubahan kononnya memerlu masa panjang.

Betapa baik pun idea Maszlee dikira tidak logick dalam masa 20 bulan. Gopoh itulah menyebabkan dia terpelanting.

Memang ajaib 200 tindakan dalam 20 bulan. Maksudnya 100 idea setiap sepuluh bulan.

Semua mahu PM dan PH buat berbahan besar selepas tumbangkan BN. Semua bersungut kerajaan PH setakat ini gagal serba serbi. Penasihat kerajaan Tun Daim pun cemas dengan prestasi dan tindakan lembab menteri dan kerajaan.

Semua mahu kerajaan guna lampu Aladin dalam semua perkara. Bukan seperti yang dipersepsi lembik oleh semua sekarang. Tetapi apabila Maszlee kemuka 200 cadangan sesuai dengan kehendak semua orang sekarang, tiba-tiba kritik terhadapnya, terlalu banyak cadangan dalam waktu yang singkat.

Mereka belum kata buruk cadangan Maszlee, media dan juru ulas kata dia mahu buat perubahan banyak dalam waktu yang singkat. Mereka mahu kerajaan bertindak macam lampu Aladin. Bila Maszlee lambakkan idea, tak logik perubahan begitu cepat.

Mungkin Maszlee buru masa yang suntuk menjelang PRU15. Tidak cepat dan tidak banyak, PH dikata tak buat apa-apa perubahan bagai yang dijanji. Apabila Maszlee buat sebanyak seperti yang Lee Kuan Yew pernah buat di Singapura, dan Tun Razak semasa jadi TPM dulu, Maszlee dikritik hendak buat semua dalam masa singkat.

Tidakkah kritik itu seperti di luar akal? Bukan sekadar tak masuk akal saja. Tak buat apa-apa dikira PH lembik. Buat banyak dikira terlalu gopoh.

Yang peduli dengan Maszlee cuma penganjur undian atas talian yang mencecah setengah juta, moga-moga menteri yang tersingkir itu dikembalikan.

Yang diperlukan oleh kerajaan Malaysia sekarang ialah orang dapat bertindak cepat dan banyak, seperti kebanyakan DAP buat sekarang. Macam-macam mereka buat hingga PM dan Anwar Ibrahim pun tidak sempat ikut.

Sekalian timbalan menteri DAP lebih laju dari menteri Melayunya. Timbalan menteri Melayu pula seolah Lebai Malang kepada menteri DAP.

Mengapa kita boleh terima menteri-menteri DAP berlari selaju kuda, tetapi kita tidak boleh terima Maszlee bertiup sekencang angin?

Jika Hang Jebat berdiam diri di atas malang Hang Tuah, maka malanglah bagi juru ulas Melayu dan Islam berfikiran beku, melihat nasib Maszlee jadi korban suasana.

Yang terjadi atas Maszlee bukan hal yang tidak bersebab, tetapi dipercayai tindakan mahu melaksanakan apa yang 60 tahun kerajaan BN dulu tidak dapat buat. Maszlee bukan Melayu pertama dilembikkan. Sebelumnya Tunku, Tun Razak dan Mahathir juga dilembikkan. Nasibmulah Maszlee! – HARAKAHDAILY 9/1/2020

- Advertisement -