Konflik Iran-US: Apa pula selepas ini?

- Advertisement -

KERAJAAN Iran kemungkinan besar akan melakukan serangan balas. Tetapi tidak secara langsung ke arah US atas faktor geografi dan lain-lain. Sebaliknya secara tidak langsung menyerang kepentingan atau sekutu US di kawasan Asia Barat.

Kerajaan Iran belum bersedia untuk berperang, atas faktor ekonomi dan kesediaan sekutu blok Timur. Tetapi jika keadaan memaksa, Iran tiada pilihan.  Desakan rakyat Iran sangat kuat.

US di bawah pentadbiran Trump juga tidak mahukan peperangan. Dasar luarnya lebih memfokuskan trade war dan dealing berbanding hegemoni. Tetapi jika kepentingannya terusik, beliau tidak akan mengalah. Pilihan Raya Presiden dijadualkan tahun ini. Jadi Trump mesti nampak hero di mata rakyat.

Pihak yang mahu peperangan adalah Evangelican dalam parti Republican. Mereka taikun senjata. Mereka juga punya agenda Hegemoni Zionis (pax judaica). Sokongan mereka terhadap Trump kerana sebelum ini Trump berjanji akan ikut tunaikan kemahuan Evangelican atau Zionis. Iran ancaman utama Israel melalui Lubnan, Palestin, Iraq dan Syria.

Demokrat mahu pendekatan lebih agresif di Asia Barat. Clinton mahu US dominan di negara-negara Islam. Mereka juga masih ramai birokrat dalam kerajaan termasuk CIA dan FBI. Mereka turut menguasai media antarabangsa. Justeru pasti banyak propaganda ditimbulkan bagi memerangkap Trump.

Kalau Kerajaan Iran mahu balas tanpa kesan negatif, sebaiknya selepas Pilihan Raya Presiden. Tapi itu lambat sangat. Jadi mungkin mereka akan bertindak balas dalam skala yang minima seperti tawan kedutaan US di Iraq.

Ada kemungkinan false-flag di US berlaku. Serangan berimpak tinggi terhadap US secara langsung seperti tragedi 11 September untuk cetus desakan bottom-up supaya US isytihar perang dengan Iran. Boleh jadi dalangnya Demokrat, Evangelican ataupun Yahudi di sebalik tabir negara tersebut.

Ini adalah tempoh Iran dan US melobi sekutu masing-masing di blok Barat dan Timur. Perang tanpa sekutu akan merugikan pihak terlibat dan menyukarkan kemenangan. Setakat ini pemimpin Islam memberi solidariti kepada Iran, tetapi belum cukup kuat. Negara kuasa besar seperti China dan Rusia masih memerhati. Britain, Perancis juga tak berapa pedulikan US.

Bagi umat Islam, jangan mengharapkan peperangan berlaku. Islam mengajar supaya tidak mencita-citakan pertempuran dengan musuh. Tetapi jika mereka mencabar, maka tetapkanlah kami dan jangan berpusing. Sentiasa bersedia untuk apa jua kemungkinan.

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 7/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -