Dato’ Seri Anwar ditolak oleh Melayu!

Mahu jadi PM golongan minoriti sahaja?

- Advertisement -

MENARIK juga membaca dapatan kaji selidik Merdeka Center yang dibuat di antara 22 November sehingga 29 November 2019 yang dikeluarkan oleh media hari ini.

- Advertisement -

Kajian ini mendapati Dato’ Seri Anwar hanya mendapat 32 peratus sokongan responden sebagai PM berbanding 42 peratus sokongan yang diperolehi oleh Tun Dr Mahathir.

Lebih signifikan ialah dapatan hanya 13 peratus responden Melayu memilih Dato’ Seri Anwar sebagai PM berbanding 58 peratus responden Melayu yang memilih Tun Dr Mahathir.

Dato’ Seri Anwar bagaimanapun mendapat sokongan padu responden bukan Melayu dengan 58 peratus responden Cina dan 62 peratus responden India memilih beliau sebagai PM.

Bagaimana agaknya Dato’ Seri Anwar mahu menjadi PM yang baik dengan sokongan hanya 13 peratus responden Melayu yang merupakan golongan majoriti di negara ini?

Takkan nak jadi PM bagi golongan minoriti sahaja kot?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 6/1/2020

- Advertisement -