SMU: 2,635 pelajar dapat mumtaz

    Ustaz Azhar Salleh bersama pelajar cemerlang peperiksaan SMU.
    - Advertisement -

    KOTA BHARU: Keputusan peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2019 sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) bagi sekolah kawalan meningkat.

    - Advertisement -

    Bagaimanapun berlaku sedikit penurunan bagi Sekolah Menengah Ugama (Arab) dan pondok.

    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Ustaz Azhar Salleh berkata, keputusan menunjukkan penurunan sebanyak 0.86 peratus.

    Namun, katanya secara keseluruhan kualiti pencapaian pelajar meningkat.

    “Seramai 5,665 daripada 6,154 calon yang menduduki peperiksaan itu mendapat sekurang-kurang pangkat makbul (lulus) dengan 10 subjek.

    “Bagi pangkat mumtaz seramai 2,635 calon banding 2,807 pada 2018, jayyid jiddan pula 1,513 berbanding 1,496 tahun sebelumnya,” kata beliau ketika mengumumkan keputusan peperiksaan SMU, Sijil Menenah Tahfiz Quran (SMTQ) dan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) 2019 di Dewan Utama Yayasan Islam Kelantan hari ini. – HARAKAHDAILY 31/12/2019

    - Advertisement -