PT3: 66 pelajar Maahad Lelaki dapat 10A

Foto hiasan.

KOTA BHARU: Maahad Muhammadi Lelaki mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 2019 yang diumum hari ini apabila 66 pelajar memperolehi 10A.

Advertisement

Seramai 23 pelajar pula memperolehi 9A dan 20 orang (8A) dengan purata GPS 1.34.

Pengetuanya, Ustaz Kamarjan Abdul Rahman berkata, pihaknya sering mengadakan program kecemerlangan bagi membantu pelajar maahad terbabit.

Katanya, program berkenaan diadakan untuk memupuk semangat untuk meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak khususnya tenaga pengajar, PIBG dan pelajar yang memberikan komitmen tinggi sehingga kejayaan itu dapat dicapai,” katanya di sini.

Maahad Muhammadi Perempuan turut mencatatkan keputusan cemerlang apabila memperolehi kelulusan 100 peratus.

Seramai 64 pelajar memperolehi keputusan 10A, 104 pelajar (9A), 79 orang memperolehi (8A).

Pengetua maahad terbabit Ustaz Mohd Mansur Daud melahirkan rasa syukur di atas kejayaan pelajar mengekalkan kecemerlangan.– HARAKAHDAILY 19/12/2019