Isu 3R: PDRM, SKMM digesa siasat Anwar Ibrahim

‘Balik China, balik India?’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PEJUANG, Muhammad Rafique Rashid Ali mempersoalkan isu berkaitan ungkapan ‘balik China, balik India’ serta menggesa siasatan dijalankan terhadap Perdana Menteri.

- Advertisement -

“Hari ini dia datang lagi. Hari ini dia pusing lagi. Bila masa ‘balik China, balik India?’,” persoal beliau dalam media sosial miliknya.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan media tempatan menyatakan ungkapan ‘balik China, balik India’ sebagai tidak wajar kerana mereka lahir serta membesar di Malaysia.

“Saya nak Melayu yang baik, Cina yang baik, India yang baik dan Orang Asli yang baik. Mereka semua sebahagian daripada keluarga saya,” kata Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan semasa berucap pada Grand Finale Kekal Harapan Negeri Sembilan di Sikamat malam tadi.

Walau bagaimanapun, menurut Muhammad Rafique, kempen PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan adalah mudah kerana orang Melayu teras negara ini.

“Orang Melayu akan jaga hak bangsa lain. Orang Melayu mesti ingat dan belajar sejarah,” ulasnya.

Beliau yang juga seorang peguam menyatakan, tiada siapa mahu menafikan hak bangsa lain.

Muhammad Rafique turut menempelak tindakan Anwar Ibrahim yang disifatkan melanggar isu berkaitan agama, bangsa dan institusi raja atau dikenali sebagai 3R menerusi kenyataan berkenaan.

“Mohon PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) siasat PMX. Dia sudah langgar 3R,” katanya. – *HARAKAHDAILY 30/07/2026*

- Advertisement -