
“Mungkin bukan setakat ‘moleleh air mato dibueknyo’, silap-silap satu markas ‘bogolek golak tak boghonti’“.
Di sebalik peperangan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.05 Serting yang bermula sejak 18 Julai lalu, rupanya berlangsung satu lagi ‘potaghungan bosa’.
Bukan pertarungan politik. Bukan juga pertarungan calon. Tetapi pertarungan loghat!
“Haa ustat, tokan skill tu dulu!”
“Hah, sekarang soghang-soghang!”
“Susah bona game sekarang ni. Esey tokan ikut apo yang diorang ajar jo.”
“Tokan?” tanya seorang petugas.
“Yo, ‘tekan’ dalam loghat Negeri Sembilan jadi tokan,” jawab seorang petugas ‘Nogoghi’
“Bukan hat edaq dadah ka ‘tokan’ ni?” usik petugas dari Kedah diiringi gelak tawa rakan setugas lain.
Memang bukan kerja mudah memahami dialek negeri lain. Lebih-lebih lagi apabila yang ditugaskan menulis dalam dialek Negeri Sembilan itu datang daripada dua ‘luak’ (wilayah) yang kuat ‘lahjah‘ bahasanya.
Sorang ‘mai’ dari Kedah.
Sorang lagi ‘teh’ dari Pahang.
Akhirnya ‘botomu’ di Negeri Sembilan.
Riuh meriah bilik media sampai ada yang mengesat air mata dari jauh menahan geli hati membaca secara maya perbualan rakan setugas.
“Di Pahang sobut apo namonyo tu, keh..ke koi kan? Di Kedah guno cheq. Di nogoghi, oghang guno sey, bukannyo den.
“‘Den’ boleh jugo guno. Cumonyo agak kasa sikit laa. Biaso oghang rapek-rapek jo guno ‘den’. Kalo nak lobih sopan, guno sey atau essey,” ujar salah seorang daripada rakan setugas tempatan.
Bilik media bertukar menjadi kelas ‘transit’. Petugas tempatan menjadi pembimbing sukarela membantu betulkan sebutan, memilih perkataan dan mengajar lenggok bahasa ‘Nismilan’.
Realitinya, di celahan kesibukan tugasan yang menghambat, perbezaan loghat bukanlah musibah tetapi anugerah yang menyatukan.
Politik juga mungkin lebih kurang sama ‘rumusnya’. Ketika kita bersedia meninggalkan seketika ‘lidah rasmi’ masing-masing demi memenangkan satu garis biru yang sama, perbezaan bukan lagi jurang tetapi kebersamaan.
Ini baru petugas dari Pahang dan Kedah berkampung di Serting. Jikalah petugas Kelantan dan Terengganu masuk sekali sebilik, ‘ontah cam mano lah pulak bunyi yang kelua’.
Mungkin bukan setakat ‘moleleh air mato dibueknyo’, silap-silap satu markas ‘bogolek golak tak boghonti’.
Paham ko?
Seruan untuk pengundi N.05 Serting:
Ayuh, ramai-ramai kita turun mengundi pada 1 Ogos nanti. Pastikan pangkah calon nombor satu, Ustaz Fairuz Isa daripada Perikatan Nasional. Segala yang baik untuk agama, bangsa dan negeri, insya-Allah kita usaha sama-sama ‘monangkan’
Bismillah.
Nismilan Kito Jago! – HARAKAHDAILY 30/7/2026











