Hati-hati dengan taktik DAP di saat akhir kempen

- Advertisement -

BAKRI: Bekas Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil menasihatkan para pengundi di Johor agar terus fokus untuk mengalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Johor pada 11 Julai nanti.

- Advertisement -

Beliau menyeru agar para pengundi tidak terpengaruh dengan propaganda yang dicipta oleh khususnya DAP walaupun ia dilihat seperti memihak kepada PERIKATAN NASIONAL (PN).

Beliau mendedahkan taktik terbaharu DAP yang mendakwa peluang lawan PH menang dalam PRN ini telah meningkat sehingga 13 kerusi baharu berbanding 40 yang dimenangi Barisan Nasional (BN) bersama parti selain dari PH.

Walaupun ia dilihat seperti memuji dan memberikan sokongan moral kepada lawan PH, namun bagi beliau, ia mungkin satu suntikan untuk memberikan tekanan kepada pengundi bukan-Melayu untuk keluar dan memenangkan PH.

“Saya ingat dia ni ada strategi dialah. Saya rasa dia nak menggalakkan orang Cina supaya keluar mengundi sebab dia pun tahu kalau orang Cina tak keluar mengundi, BN akan menang mengalahkan mereka.

“Saya tak rasa mereka bercakap macam tu bukan untuk menangkan BN, saya rasa dia cakap macam tu untuk menggalakkan, sebagai ‘reversed psychology’ untuk orang Cina keluar mengundi DAP, supaya BN tak menang,” terang beliau.

Isham menjawab soalan ketika hadir ke Markas PAS Kawasan Bakri untuk lawatan dan program kempen PRN Johor, di sini kelmarin.

Isham juga mengambil rekod keluar mengundi pada PRN lalu sebagai menyokong kenyataan beliau di mana PH telah kehilangan lebih kurang 400,000 kerana boikot oleh pengundi mereka, manakala undi PAS pula naik sehingga lebih 400,000.

Jelas di sini menurut beliau, jika pengundi PH mengulangi semula rajuk mereka, maka kekalahan bagi PH, amat jelas.

Oleh itu, DAP akan menekan pengundi mereka agar keluar mengundi dalam berbagai cara dan taktik kerana bagi Isham, PRN ini bukan sahaja PH perlu undi lebih banyak, tetapi juga untuk mempertahankan maruah mereka jika hal yang sama berulang.

Sambil beliau menyindir kekalahan itu ibarat kekalahan cikgu kepada anak murid yang pastinya memalukan.

Ditanya berkenaan kejatuhan Ringgit, PH juga katanya, dilihat sebagai cuba memperdayakan rakyat dengan berbagai contoh yang tidak seimbang berkenaan kejatuhan Ringgit dengan memberikan alasan kejatuhan itu adalah kerana faktor ketidakstabilan dari luar.

Terang Isham, apabila Ringgit naik dahulu, ia adalah kerana Kerajaan PH dan sewaktu Ringgit jatuh semasa era BN, ia adalah kerana kebodohan kerajaan menjaga ekonomi, sedangkan ia dipengaruhi banyak faktor. – HARAKAHDAILY 7/7/2026

- Advertisement -