
BEIRUT: Setiausaha Agung Pergerakan Pertahanan Hizbullah, Sheikh Naim Qassem, berkata bahawa Hizbullah telah melancaRkan hampir 30 operasi setiap hari dan jumlah keseluruhan 3,185 operasi serangan balaas terhadap Israel sepanjang diserang rejim Zionis itu
Menurut laman web Al-Manar TV, Sheikh Naim membuat komen tersebut dalam ucapannya kepada majlis Asyura Pusat Hizbullah yang diadakan di Makam Ulama Syahid Umma Sayyed Hasan Nasrallah di Beirut pada hari Rabu.
Sheikh Qassem juga menyentuh mengenai perjanjian persefahaman (MoU) Amerika Syarikat-Iran yang dijangka pada Jumaat/
“Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Iran, Perlawanan, dan semua orang bebas atas kemenangan ini.
“Pihak kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Iran kerana memasukkan Lubnan dalam syarat-syarat MoU dengan Amerika,” katanya.
Tambah Sheikh Qassem, perang AS-Israel ke atas Iran dan Lubnan bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam di Asia Barat dan menghapuskan kehidupan di rantau itu.
“Pihak musuh mahu memusnahkan kewujudan ketenteraan, pendidikan, ekonomi dan sosial Hizbullah di Lubnan
“Namun, kami tidak akan berhenti berjuang untuk mempertahankan kewujudan kami,” tegasnya.
Sheikh Qassem turut menegaskan bahawa pihaknya telah bermjaya mematahkan projek ‘Israel Raya’ rejim Zionis Israel.
“Jika bukan kerana mitos penentangan (terhadap rejum Zionis Israel), Lubnan pasti akan runtuh,” karanya lagi.
Beliau seterusnya menekankan bahawa walaupun pengepungan udara, marin dan darat dikenakan Israel ke atas Lubnan, operasi penentangan pihaknya telah berjaya mendapatkan kelengkapan peralatan ketenteraan yang diperlukan untuk melawan musuh.”
Justeru beliau menyatakan perbincangan dengan pihak musuh mesti dihadkan kepada isu keselamatan semata-mata, sambil menegaskan bahawa sebarang ‘pelucutan senjata penentangan tidak boleh dibincangkan’. – HARAKAHDAILY 18/6/2026











