Kelantan hargai pengamal media Pantai Timur

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menghargai sumbangan pengamal media di Pantai Timur menerusi penganjuran Anugerah Media Kelantan (AMK) 2025 sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA).

- Advertisement -

Program bertemakan ‘Media Berintegriti, Teras Kredibiliti’ itu dianjurkan menerusi portfolio Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta yang dipengerusikan Mohd Asri Mat Daud dengan kerjasama Kelabu Media Darulnaim (Kemudi).

Mohd Asri berkata, AMK menjadi pengiktirafan kepada wartawan, editor, jurugambar, jurukamera, penerbit dan penyampai radio yang komited menyampaikan maklumat tepat serta beretika.

“AMK 2025 menjadi platform menghargai peranan besar warga media dalam menyampaikan maklumat sahih dan berintegriti kepada rakyat,” katanya pada majlis tersebut.
I
Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri menyediakan sumbangan kebajikan kepada bekas pengamal media dan veteran kewartawanan dengan kerjasama portfolio Kebajikan Kerajaan Negeri.

Sebanyak 91 pencalonan diterima bagi sembilan kategori melibatkan bidang akhbar, televisyen, fotografi dan radio untuk karya sepanjang 2025.

Pada majlis itu, Kumpulan Media Prima mengungguli beberapa kategori termasuk menerusi TV3, NSTP dan Media Prima Audio (Molek FM).

Penganjuran AMK 2025 diharap terus menyemarakkan budaya kewartawanan beretika serta mengukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan pengamal media. – HARAKAHDAILY 15/6/2026

- Advertisement -