14 perkara utama draf rundingan AS-Iran

- Advertisement -

TEHRAN: Menjelang majlis pemeteraian yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 19 Jun ini, agensi berita separa rasmi Iran, Agensi Berita Mehr telah menyiarkan apa yang dilaporkan sebagai kandungan draf memorandum persefahaman (MoU) 14 perkara antara Washington dan Tehran.

- Advertisement -

Kedua-dua Amerika Syarikat dan Iran bagaimanapun belum mengesahkan butiran tersebut secara rasmi dan kandungan yang diterbitkan oleh Mehr masih belum disahkan dan masih boleh berubah apabila kedua-dua pihak bergerak ke arah rundingan formal.
Media kerajaan Iran melaporkan bahawa memorandum itu mengandungi beberapa perkara utama, antaranya:

  • Gencatan senjata kekal di semua medan konflik, termasuk Lubnan.

*Komitmen Amerika Syarikat (AS) untuk tidak campur tangan dalam urusan dalaman Iran.

*Penamatan sekatan laut AS dalam tempoh 30 hari.

  • Pengunduran tentera AS dari Iran.
  • Pembukaan semula Selat Hormuz dalam tempoh 30 hari di bawah pengaturan Iran.
  • AS dan sekutunya menyediakan pelan pembinaan semula Iran bernilai sekurang-kurangnya USD300 bilion.
  • Penamatan sekatan ke atas eksport minyak dan produk tenaga Iran.
  • Penegasan semula komitmen Iran untuk tidak menghasilkan senjata nuklear.
  • Komitmen AS untuk tidak menambah kehadiran tenteranya di rantau tersebut serta tidak mengenakan sekatan baharu.
    Laporan Mehr itu disiarkan ketika para pemimpin serantau dan antarabangsa mengalu-alukan berita tentang perjanjian rangka kerja tersebut.

Perdana Menteri Qatar, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer secara terbuka menyokong kejayaan tersebut, sementara Presiden AS, Donald Trump menyifatkannya sebagai ‘perjanjian besar’ yang akan membawa keamanan dan keselamatan ke rantau ini dan membawa kepada pembukaan semula Selat Hormuz. – HARAKAHDAILY 15/6/2026

- Advertisement -