Khutbah Aidiladha 1447H Presiden PAS

- Advertisement -

KHUTBAH pertama

- Advertisement -

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَلِلّٰهِ الْحَمْدُ.

حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلَالِ وَجْهِكَ، وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ.

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيْرُ.

وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، وَإِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ، وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالتَّابِعِيْنَ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٞ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٖۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ١٨

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa-apa yang telah disediakan untuk hari esok (Hari Akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Hashr: 18]

Hari ini, kita menyambut Hari Raya Adha bersempena dengan ibadat haji dan ibadat qurban, menyahut seruan Abi al-Anbiya’ (bapa para anbiya’) Nabi Ibrahim AS, serta memperingati pengorbanannya yang berjaya diuji oleh Allah. Maka, Allah memilihnya menjadi imam kepada manusia. Firman Allah SWT:

۞وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤

“Dan ingatlah apabila Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah), lalu dia menunaikannya dengan sempurna. Tuhan berfirman kepadanya, ‘Aku jadikan kamu imam (pemimpin) kepada manusia.’ Ibrahim berkata, ‘Dan begitu juga daripada zuriat keturunanku.’ Allah berfirman, ‘Tidak boleh mencapai janji-Ku ini kepada orang-orang yang zalim.’” [Surah al-Baqarah: 124]

Ujian paling besar ialah supaya meletakkan Isma‘il AS, anak kesayangannya yang masih bayi dan baru dilahirkan bersama ibunya, Hajar di bumi Makkah yang jauh terpencil di tengah-tengah padang pasir yang kering; tidak ada tumbuhan rumput dan pokok (بِوَادٍ غَيۡرِ ذِي زَرۡعٍ), tidak ada kemudahan hidup seperti makanan, minuman, dan tempat tinggal, serta tidak ada manusia menemaninya. Hanya berbekalkan doa kepada Allah. Firman Allah SWT:

رَّبَّنَآ إِنِّيٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيۡرِ ذِي زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡ‍ِٔدَةٗ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهۡوِيٓ إِلَيۡهِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٰتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ ٣٧

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku meletakkan daripada zuriatku di lembah yang tidak ada tanaman di sisi Rumah-Mu (Baitullah) yang dihormati! Wahai Tuhan Kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang! Maka, jadikanlah hati-hati manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan supaya mereka bersyukur kepada-Mu.” [Surah Ibrahim: 37]

Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِ‍ۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَٰذَا بَلَدًا ءَامِنٗا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡهُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُۥ قَلِيلٗا ثُمَّ أَضۡطَرُّهُۥٓ إِلَىٰ عَذَابِ ٱلنَّارِۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ ١٢٦

“Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, ‘Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman, dan kurniakanlah rezeki buah-buahan kepada penduduknya yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat!’ Tuhan berfirman, ‘Dan kepada sesiapa yang kafir, maka Aku beri juga sedikit (di dunia), kemudian Aku memasukkannya ke dalam Neraka, dan itulah tempat paling buruk baginya.’” [Surah al-Baqarah: 126]

Setelah Isma‘il AS membesar, Baginda berjalan bersama ayahnya dan berbual. Pada kemuncak sayang seorang ayah yang mendapat anak pertama pada masa tua, tiba-tiba mereka mendapat ujian yang dahsyat. Firman Allah SWT:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ ١٠٢ فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلۡجَبِينِ ١٠٣ وَنَٰدَيۡنَٰهُ أَن يَـٰٓإِبۡرَٰهِيمُ ١٠٤ قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ١٠٥ إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَـٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ ١٠٦ وَفَدَيۡنَٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٖ ١٠٧ وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ١٠٨ سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ ١٠٩ كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ١١٠ إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١١١

“Maka, apabila Isma‘il membesar sampai boleh menemani ayahnya berjalan, tiba-tiba Ibrahim berkata, ‘Wahai anak kesayanganku, aku telah diwahyukan melalui mimpi (yang benar daripada Allah) supaya aku menyembelihmu, maka apa pendapatmu?’ Isma‘il menjawab, ‘Wahai ayah tersayang, tunaikanlah apa-apa yang diperintahkan (Allah)! Insya-Allah, ayah akan mendapati aku termasuk dalam kalangan orang yang sabar (mengikuti perintah Allah)!’ (102) Setelah kedua-dua beranak itu menyerah diri kepada Allah (dengan ikhlas), lalu Ibrahim membaringkan Isma‘il di atas lambungnya untuk disembelih. (103) Kami (Allah) menyeru, ‘Wahai Ibrahim! (104) Engkau percaya kepada mimpi wahyu. Cukuplah (dibatalkan perintah sembelih).’ Sesungguhnya Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang beramal baik (mentaati Allah). (105) Ini hanyalah satu ujian yang nyata. (106) Dan Kami menggantikan dengan binatang yang besar (kibas) untuk disembelih. (107) Dan Kami menjadikan pengajaran kepada orang-orang yang kemudian (generasi yang kemudian). (108) Selamat sejahtera kepada Ibrahim. (109) Begitulah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang beramal baik (mentaati Allah). (110) Sesungguhnya dia (Ibrahim) termasuk dalam hamba-hamba yang benar-benar beriman. (111)” [Surah al-Saffat: 102–111]

Seterusnya, Nabi Ibrahim dan Isma‘il AS dipilih untuk membina Baitullah (Rumah Allah yang menjadi kiblat) kepada seluruh manusia pada akhir zaman, dan daripada zuriatnya, dilahirkan nabi akhir zaman (Muhammad SAW) sebagai rasul kepada seluruh alam, kerana Allah SWT menerima doa Ibrahim AS:

وَإِذۡ يَرۡفَعُ إِبۡرَٰهِ‍ۧمُ ٱلۡقَوَاعِدَ مِنَ ٱلۡبَيۡتِ وَإِسۡمَٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ١٢٧ رَبَّنَا وَٱجۡعَلۡنَا مُسۡلِمَيۡنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةٗ مُّسۡلِمَةٗ لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبۡ عَلَيۡنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ١٢٨ رَبَّنَا وَٱبۡعَثۡ فِيهِمۡ رَسُولٗا مِّنۡهُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَيُزَكِّيهِمۡۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ١٢٩

“Dan ingatlah apabila Ibrahim membina asas Baitullah yang dibantu oleh Isma‘il, sambil mereka berdoa, ‘Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami! Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (127) Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua Islam kerana-Mu dan tunjukilah kami cara-cara beribadat (di Baitullah), serta terimalah taubat kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (128) Wahai Tuhan kami, lantiklah dalam kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu, mengajari mereka Kitab suci dan al-Hikmah (kebijaksanaan), dan membersihkan mereka daripada kekotoran (syirik)! Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (129)” [Surah al-Baqarah: 127–129]

Doa Nabi Ibrahim AS dimakbulkan dengan pilihan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman kepada seluruh alam daripada zuriatnya yang dilahirkan di Makkah.

Setelah membina Baitullah, Ibrahim AS diperintahkan untuk menyeru manusia di seluruh dunia supaya datang ke Makkah bagi menunaikan ibadat haji. Firman Allah SWT:

وَأَذِّن فِي ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَجِّ يَأۡتُوكَ رِجَالٗا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٖ يَأۡتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٖ ٢٧

“Dan berserulah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang menyahut seruanmu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh.” [Surah al-Hajj: 27]

Seruan Ibrahim AS diterima sehingga hari ini. Kini, para jemaah haji berhimpun di Makkah bagi menunaikan ibadat haji. Mereka bertalbiah:

لَبَّيْكَ اللهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لَا شَرِيكَ لَكَ.

“Ya, wahai Tuhanku! Ya, wahai Tuhanku! Tiada sekutu bagi-Mu. Ya, wahai Tuhanku! Sesungguhnya segala kepujian, ni‘mat, dan kerajaan yang berkuasa semuanya kepunyaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.”

Pada masa yang sama, umat Islam yang berkemampuan menyembelih binatang qurban bagi mendekatkan diri kepada Allah dengan sifat taqwa. Firman Allah SWT:

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٣٧

“Daging-daging dan darah-darah (binatang qurban itu) sekali-kali tidak mencapai keredaan Allah, tetapi ketaqwaan kamu yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah menundukkannya (binatang sembelihan qurban) untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah kerana hidayah-Nya kepada kamu, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” [Surah al-Hajj: 37]

Sesungguhnya Allah menerima amalan kamu kerana keikhlasan kepada-Nya apabila melakukan ibadat qurban itu, memuliakan Allah sebesar-besarnya, dan menyatakan kesyukuran kerana dengan hidayah-Nya kamu menjadi penganut Islam yang diredai-Nya.

Ambillah pengajaran daripada Nabi Ibrahim dan keluarganya AS yang rela berkorban dengan segala ni‘mat kurniaan Allah, kerana semua yang ada pada diri kita daripada jasad, akal, roh, sehinggalah diri dan keluarga ialah pemberian daripada limpahan pemberian-Nya yang tidak terhingga banyaknya. Bersedialah untuk menyerahkan apa-apa sahaja kerana mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Korbankanlah diri, keluarga, sehinggalah harta kerana semuanya kepunyaan dan pemberian Allah.

Allah memerintahkan supaya mengambil teladan menjadi Islam yang sebenar seperti Ibrahim AS. Firman Allah SWT:

وَمَن يَرۡغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفۡسَهُۥۚ وَلَقَدِ ٱصۡطَفَيۡنَٰهُ فِي ٱلدُّنۡيَاۖ وَإِنَّهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٣٠ إِذۡ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسۡلِمۡۖ قَالَ أَسۡلَمۡتُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٣١ وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِ‍ۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢

“Dan tidak ada orang yang benci kepada agama Ibrahim melainkan orang yang memperbodohkan dirinya sendiri. Dan sungguh Kami memilihnya di dunia, dan sesungguhnya di akhirat dia benar-benar termasuk dalam kalangan orang yang soleh. (130) Apabila Tuhan berkata kepadanya, ‘Islamlah (tunduk patuhlah menyerah diri kepada Allah),’ Ibrahim menjawab, ‘Aku menyerah diri (Islam) kepada Tuhan semesta alam.’ (131) Ibrahim memberikan wasiat dengan ucapan itu kepada anak-anaknya, begitu juga Ya‘qub. (Ibrahim berkata), ‘Sesungguhnya Allah telah memilih kepada kamu satu agama (Islam), maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.’ (132)” [Surah al-Baqarah: 130–132]

Firman Allah SWT kepada umat Muhammad SAW:

وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٖ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَٰلٗا مُّبِينٗا ٣٦

“Dan tidak patut bagi lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain dalam urusan mereka. Sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” [Surah al-Ahzab: 36]

Wajib diimani bahawa semua perintah Allah dan larangan-Nya membawa kebaikan kepada semua hamba dan makhluk-Nya. Semua hukum-Nya adalah adil dan membawa rahmat sama ada diketahui hikmah dan tujuannya ataupun tidak, kerana Allah itu Maha Penyayang, Rahmat, dan Adil.

Hari ini, kita memperingati amalan yang diajar oleh Ibrahim AS dengan perintah Allah dan petunjuk-Nya. Ibadat haji bersifat jasad, roh, dan harta kepada mereka yang mampu. Begitu juga kita melakukan ibadat qurban menyembelih binatang ternakan dengan bekerjasama mengurusnya dan membahagikan dagingnya kepada orang ramai bagi memperingati pengorbanan Ibrahim dan keluarganya AS menunaikan perintah Allah dengan ikhlas.

Hal ini mewajibkan kepada semua amalan kita bersama Islam, agama yang diredai Allah dan mempertahankannya serta memuliakannya mengatasi dan mengalahkan segala ajaran yang lain, demi menyahut seruan Allah SWT dan percaya kepada janji-Nya di dunia dan akhirat:

هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٩ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّـٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣

“Dialah Tuhan yang mengutus Rasul-Nya (Muhammad SAW) dengan petunjuk dan agama (al-din) yang benar, supaya Dia memenangkan dan meninggikannya mengatasi segala ajaran yang lain, walaupun dibenci oleh orang Musyrikin. (9) Wahai orang-orang yang beriman, adakah kamu mahu Aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih (di dunia dan di akhirat)? (10) (Modalnya ialah) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjihad (bersungguh-sungguh) menegakkan agama Allah dengan harta dan diri kamu. Itulah yang terbaik kepada kamu kalau kamu benar-benar mengetahui. (11) (Keuntungannya ialah) Dia (Allah) mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya beberapa sungai serta tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang paling besar. (12) Dan yang lain yang kamu sangat menyukainya, iaitu mendapat pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang sangat dekat di dunia. Dan beritahulah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (13)” [Surah al-Saff: 9–13]

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِجَمِيعَ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

Khutbah kedua

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَلِلّٰهِ الْحَمْدُ.

أَشۡهَدُ أَن لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُ. اللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ. أَمَّا بَعۡدُ:

فَيَا عِبَادَ اللّٰهِ، أُوصِيكُمۡ وَإِيَّاىَ بِتَقۡوَىٰ اللّٰهِ فَقَدۡ فَازَ الۡمُتَّقُونَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ الزَّادِ التَّقۡوَىٰ.

Muslimin dan Muslimat sekalian!

Marilah pada hari raya ini, kita merasakan betapa besarnya ni‘mat iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT. Hanya kematian dalam iman dan Islam sahaja yang diredai oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٠٢

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan beragama Islam!” [Surah Ali ‘Imran: 102]

Pada hari ini juga, hendaklah kita ingat betapa besarnya ni‘mat persaudaraan yang dianjurkan dalam Islam. Tanda iman seseorang ialah dia kasih akan saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih akan dirinya sendiri. Sabda Rasulullah SAW:

‌لَا ‌يُؤْمِنُ ‌أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ.

“Tidak beriman seseorang dalam kalangan kalian sehingga dia kasih akan saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no. 13, daripada Anas bin Malik]

Sehubungan dengan itu, hendaklah lahir dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam di serata dunia, sama ada mereka yang ditimpa gempa bumi, peperangan, kemiskinan, kebuluran, mahupun wabak penyakit. Begitu juga terhadap umat Islam yang sedang dijajah, dizalimi, dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat kepada Allah supaya Allah memberikan pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi itu.

Muslimin dan Muslimat sekalian!

Pada hari yang mulia dan penuh berkat ini, marilah kita membanyakkan ucapan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui pelbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada Baginda dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah SWT dalam al-Quran:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا ٥٦

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam atasnya dengan sungguh-sungguh!” [Surah al-Ahzab: 56]

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ. وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبرَاهيمَ وَعَلَى آلِ إِبرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

اللّٰهُمَّ اغۡفِرۡ لِلۡمُؤۡمِنِينَ وَالۡمُؤۡمِنَاتِ وَالۡمُسۡلِمِينَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ، الۡأَحۡيَآءِ مِنۡهُمۡ وَالۡأَمۡوَاتِ. رَبَّنَا اغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَذُنُوبَ وَالِدِينَا وَارۡحَمۡهُمۡ كَمَا رَبَّوۡنَا صِغَارًا. رَبَّنَا اغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالۡإِيمَانِ، وَلَا تَجۡعَلۡ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ ءَامَنُوا، رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ.

اللّٰهُمَّ أَعِزَّ الۡإِسۡلَامَ وَالۡمُسۡلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرۡكَ وَالۡمُشۡرِكِين، وَالنِّفَاقَ وَالۡمُنَافِقِينَ، وَالظُّلۡمَ وَالظَّالِمِينَ. اللّٰهُمَّ إِنَّا نَجۡعَلُكَ فِى نُحُورِ أَعۡدَآئِنَا وَنَعُوذُ بِكَ مِنۡ شُرُورِهِمۡ. اللّٰهُمَّ رُدَّ كَيۡدَهُمۡ عَلَى نُحُورِهِمۡ. اللّٰهُمَّ بَدِّدۡ شَمۡلَهُمۡ وَفَرِّقۡ جَمۡعَهُمۡ وَشَتِّتۡ كَلِمَتَهُمۡ وَزَلۡزِلۡ أَقۡدَامَهُمۡ، وَسَلِّطۡ عَلَيۡهِمۡ كَلۡبًا مِنۡ كِلَابِكَ.

اللّٰهُمَّ انۡصُرۡ إِخۡوَانَنَا الۡمُجَاهِدِينَ وَالۡمُسۡتَضۡعَفِينَ فِي فَلَسۡطِينَ، وَفِي غَزَّةِ، وَفِي الۡعِرَاقِ، وَفِي سُورِيَا، وَفِى كَشۡمِير، وَفِي كُلِّ مَكَانٍ. اللّٰهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمۡ، وَاجۡمَعۡ كَلِمَتَهُمۡ، وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَهُمۡ، وَانۡصُرۡهُمۡ عَلَى أَعۡدَآئِهِمۡ.

اللّٰهُمَّ آتِ أَنۡفُسَنَا تَقۡوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنۡتَ خَيۡرُ مَنۡ زَكَّاهَا، أَنۡتَ وَلِيُّهَا وَمَوۡلَاهَا. اللّٰهُمَّ أَرِنَا الۡحَقَّ حَقًّا وَارۡزُقۡنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الۡبَاطِلَ بَاطِلًا وَارۡزُقۡنَا اجۡتِنَابَهُ. اللّٰهُمَّ أَصۡلِحۡ سُلۡطَانَنَا، وَأَئِمَّتَنَا وَوُلَاةَ أُمُورِنَا، وَاجۡعَلۡ وِلَايَتَنَا فِى مَنۡ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الۡعَالَمِينَ.

رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ. رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ، إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ. رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ، وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ.

وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمۡ. وَالۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ.

اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ.

HARAKAHDAILY 25/5/2026

- Advertisement -