‘Rugi beli TV RM4,000 tengok Anwar marah orang’

PMX dinasihat AGAR pimpin negara dengan hikmah

- Advertisement -

MUAR: Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menempelak tindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang sering ‘kerja marah orang’ dalam urusan kepimpinan negara, termasuk ketika muncul di kaca televisyen.

- Advertisement -

Menurut beliau, rakyat sepatutnya disajikan dengan suasana lebih tenang dan bukan budaya kemarahan berterusan, selain menegaskan seorang Perdana Menteri perlu memimpin dengan hikmah.

“Dia (Anwar Ibrahim) ni la ni tuan-tuan hari-hari marah orang. Kerja marah saja kita buka TV ada orang marah. Tutup ‘belah’.

“Buat apa orang nak tengok TV? (Kita) nak gelak ketawa. Betul? Nak hiburan beli TV mahal-mahal, letak di rumah. Buka-buka tengok (Anwar) duk marah orang.

“‘Duk’ rugi beli (TV) RM4,000 (ke) RM5,000, (tengok Anwar) Kerja marah orang. Marah ‘pasai’ apa? Cakaplah elok-elok. Kan?

“Jadi Perdana Menteri dah kot. Pimpinlah negara ini. Dengan ‘wisdom’, dengan hikmah. Bil (dengan) hikmah dia ‘duk’ baca ayat itu.

Tak dak eh hikmah apa, ‘sapu orang’. ‘Baghal lah, bahlol lah’ kata tak ada pula orang marah dia. Kerja marah orang. Sampai semua orang tahu Anwar Ibrahim kerja marah orang.

“Saya marah tak apa. Tuan-tuan, saya bukan Perdana Menteri. Saya marah pun lepas saya marah saya gelak balik. Hilanglah ‘hat’ marah itu. Walaupun saya lepas dah geram saya. Ini dak semua marah,” tempelaknya.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional Negeri Johor di Pusat Komuniti PAS Muar, Parit Tarom di sini, malam tadi.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, terdapat pihak yang mempertikaikan komunikasi telefon oleh Perdana Menteri, termasuk urusan antarabangsa.

“Orang tak percaya kata dia (Anwar) telefon orang itu. Dia pun marah, ‘aku telefon. Dak hang bohong. Aku telefon’. (Dia) marah.

“Akhir sekali orang buat gambar (Anwar) bawa telefon, telefon publik hang nampak itu. Bawa ‘handphone’ (telefon bimbit) tak apa boleh gagah. Tak, ‘depa’ bubuh telefon lama. Ambil ‘hang’ (siapa suruh) kerja telefon sangat.

“Betul kata orang. Ada DUN (Dewan Undangan Negeri) di Kedah. Dia kata belum ada Perdana Menter’dok habaq’ kata dunia kata dia telefon orang tu. Dia telefon orang ni.

“Belum ada lagi. Cakap kerja telefon PM tak habaq kat orang pun. Tak ada lagi PM kerja habaq kat orang aku telefon siapa? Belum ada. Itu normal bagi seorang PM.

”Dia ketua negara kalau ada urusan dengan negara lain. Tak dan nak pi, menteri luar tak dan nak pi. Telefonlah. Apa masalah besar sangatkah? ‘Dak’.

“Bagi dia itulah kerja Perdana Menteri nombor satu, telefon orang. Jadi depa bagilah dia ‘raja telefon’. Jadi PM janganlah marah. Ni betul. Dah hang buat sungguh. Aku tukang cerita saja.

“Saya ulang balik, apa ‘hang’ buat supaya ‘hang ’dapat sedar. Kalau tidak ‘hang’ bukan sedar. Mana ada orang berani ‘kata kat’ hang,” bidasnya.

Dalam ucapan Sanusi, beliau juga mengaitkan isu 3R (iaitu agama, bangsa dan raja) serta penggunaan Akta Hasutan, selain undang-undang tersebut digunakan terhadap dirinya.

Sanusi turut menyentuh beberapa bekas pemimpin kerajaan termasuk Dato’ Seri Mohd Rafizi Ramli, dengan menyatakan bekas menteri itu hanya berani mengkritik selepas tidak memegang jawatan.

Beliau turut mengkritik Menteri Dalam Negeri berkaitan isu yang berlaku berkenaan pengurusan sempadan dan pendatang asing yang belum diselesaikan, termasuk di Johor.

”Dia tak buat tuan-tuan. Dia kira ‘pi’ balik Kulim. Main bola, masuk masjid bagi tazkirah. Macam macam dia buat. Pasal dia nak bertanding di situ.

“Nak bertanding di situ takut kalah pula. Lepas ni tak boleh lantik dah jadi senator dua penggal habis. Dua term saja. Satu term tiga tahun. Dia dalam term yang kedua. Lepas tiga tahun ni dia habis tak boleh jadi senator.

“Lagu mana pun ‘pi’ ‘by hook or by crook’, dia kena menang pilihan raya. Nak menang pilihan raya kena balik jaga kawasan.

“Maka ulanglah hari-hari bawa agensi Kementerian Dalam Negeri turun Kulim. Kita naik ‘cemuih’. Jadi ‘cemuih’.

“PH punya pukulan ni. Pasal nak jaga diri, nak jaga periuk nasi, nak jaga perut masing-masing. Tak peduli dah kerja-kerja lain kerja hakiki sebagai menteri yang penting untuk jaga negara ni.

“Yang penting menang pilihan raya nak jadi menteri pula. Orang lagu tu tuan-tuan, parti yang ada orang ‘lagu’ tu tak boleh diterima. Tak boleh diberi peluang,” tempelaknya.

Beliau juga menggesa agar gabungan Perikatan Nasional, PAS, BERSATU dan Umno di Johor bekerjasama bagi menumbangkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang.

“Mahu tak mahu PRU ke-16, mahu tak mahu suka, tak suka kena buatlah pakatan lagu mana pun, sama-sama kita. Orang-orang kampung di bawah ni.

“Perikatan Nasional baik, PAS baik, BERSATU baik. Umno baik di Johor ni, pakat elok-elok, tumbangkan PH tuan-tuan. Tak boleh biar. Tak boleh dibiarkan berlarutan.

“Itu hat kita nampak. Hat kita nampak boleh tengok. ‘Hat’ kita tak tahu? Hat kita tak nampak ‘lagu’ mana?” soalnya. – HARAKAHDAILY 27/4/2026

- Advertisement -