Dalam episod terbaharu Podcast Harakahdaily Dari Jalan Pahang, kami membincangkan persoalan besar yang semakin hangat diperkatakan: adakah PAS dan Perikatan Nasional benar-benar bersedia untuk memimpin Kerajaan Negeri Selangor?
Bersama tetamu istimewa, Datuk Haji Iskandar Abdul Samad ,Mantan Exco Perumahan Selangor dan Bendahari PAS Pusat ,perbincangan kali ini menyentuh pelbagai isu penting yang dekat di hati rakyat Selangor. Antaranya termasuk kelemahan pentadbiran negeri, isu komunikasi antara kerajaan dan rakyat, masalah perumahan mampu milik, peranan ahli majlis, keperluan pasukan kepimpinan yang benar-benar berfungsi, serta isu-isu rakyat yang didakwa gagal diangkat dengan berkesan oleh pembangkang sendiri.
Turut disentuh ialah persoalan sama ada Selangor hari ini sedang berdepan kegagalan mendengar suara akar umbi, sehingga pelbagai isu seperti kenaikan cukai pintu, kebersihan, banjir, pembangunan tidak seimbang dan perumahan semakin menimbulkan kemarahan rakyat.
Datuk Iskandar juga berkongsi pengalaman ketika PAS berada dalam pentadbiran negeri Selangor sebelum ini, termasuk pendekatan kerajaan terdahulu dalam isu perumahan, bantuan kepada rakyat dan pengurusan pentadbiran negeri.
Adakah Selangor memerlukan gelombang baharu?
Adakah PAS benar-benar mempunyai pasukan, pengalaman dan formula untuk kembali mentadbir?
Tonton perbincangan penuh dalam episod ini.
Jangan lupa:
✅ Subscribe YouTube Harakahdaily
✅ Like, komen dan share video ini
✅ Ikuti Harakahdaily di semua platform media sosial untuk berita politik semasa, telus dan terkini

















